Skip to main content

Tanjung Rhinos menyertai Ragbi KATV Kebangsaan 2011 di Kuantan

7 Jun 2011, jam 1200. Bersedia untuk bertolak ke Kuantan
Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan (Kejohanan Antara Teknik/Vokasional) kali ke 14 tahun 2011 akan bermula pada hari Jumaat, 10-11 Jun 2011 di SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan. Pasukan Tanjung Rhinos telah mula berkumpul di SMVTP untuk menjalani latihan akhir bermula 3 Jun 2011 (Jumaat). Latihan selama 4 hari tersebut dirangka untuk memastikan stamina pemain-pemain berada pada tahap yang terbaik setelah  masing-masing bercuti selama seminggu disamping memastikan kesemua pemain dapat berlatih bersama. Seramai 19 orang pemain telah berjaya dikumpulkan dan akan mewakili Zon Johor ke KATV Kebangsaan kali ke14 di Kuantan nanti. 

Pada hari Selasa, 7 Jun 2011, Pasukan Tanjung Rhinos bersedia untuk bergerak ke Kuantan menyertai kontinjen-kontinjen lain yang dijangka akan memenuhi perkampungan sukan di sekitar Kuantan pada hari ini. Sebelum bertolak, pemain-pemain telah diberikan motivasi oleh Pn. Saadah, seorang motivator dari IPTI. Bertolak dari SMVTP sekitar jam 1200, pasukan akhirnya tiba di Perkampungan Sukan SMT Kuantan sekitar jam 1830. Kami disambut dengan ramah oleh warga SMT Kuantan. Berbaki lagi 2 hari sebelum sepak mula, kami telah meneruskan aktiviti latihan. Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan masa yang terluang itu dapat diisi dengan sebaiknya. Foto-foto berikut merupakan sebahagian daripada aktiviti yang kami jalankan pada 8-9 Jun 2011 sebelum sepak mula 10 Jun nanti. Usaha-usaha terakhir dalam menaikkan nama Johor dan SM Vokasional Tanjung Puteri.

8 Jun 2011, jam 0800. Latihan ringan di Padang SMT Kuantan
8 Jun 2011, jam 1530. Menjalani latihan di Padang Awam Taman Gelora, Kuantan
8 Jun 2011, jam 2000. Menghadiri Majlis Perasmian KATV 2011 di Padang SMT Kuantan
9 Jun 2011, jam 0800. Mendaki Bukit Pelindung sejauh 2.5km
9 Jun 2011, jam 1530. Penyesuaian gelanggang di SMK Sultan Abu Bakar
10 Jun 2011, jam 1730. Latihan di sekitar Pantai Gelora
10 Jun 2011, jam 1800. Menikmati pemandangan sekitar Pantai Gelora
10 Jun 2011, jam 1830. Menikmati hidangan makan malam di sekitar Pantai Gelora

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...