Skip to main content

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari Pertama

Line-Up TANJUNG RHINOs vs SSI
SUB : Haziq, Amin, Bobby, Kecik f5, Firdaus, Akmal, Azli, Hasmadi, Harziq dan Fauzan 
12 April 2011, Selasa. SMK Sultan Ismail Johor Bahru telah menjadi tuan rumah untuk penganjuran Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011 yang bermula pada hari ini. Kejohanan yang menjadi medan pertarungan bagi pasukan ragbi bagi sekolah sekitar daerah Johor Bahru. Hujan yang turun di waktu pagi dan petang sejak beberapa hari lalu seakan turut memahami. Cuaca bertukar menjadi sangat cantik pada hari ini. Alhamdulillah. Sejak awal pagi lagi, tuan rumah telah didatangi oleh para peserta yang mewakili pasukan masing-masing. Pihak urusetia yang juga tuan rumah, En Saifussaleh dan En Shariman (SSI) awal-awal lagi telah bersiap sedia menerima kunjungan pasukan-pasukan yang bertanding dan ramah menyambut kami.

Dijadualkan menentang pasukan tuan rumah, SSI pada pagi ini. Tanjung Rhinos telah mula bergerak ke SSI seawal jam 8.30 pagi. Menunggu giliran untuk bermain, Tanjung Rhinos telah berpeluang untuk menyaksikan perlawanan antara EC vs BBU dan Tasek vs SMKTSNI (B). Pasukan EC yang sememangnya sentiasa digeruni lawan telah mencuri tumpuan pagi ini apabila membenam cabaran BBU dengan jaringan 56-0. Tasek menepati ramalan apabila turut menumpaskan pasukan SMKTSNI (B) yang juga merupakan pasukan ke-2 dari SMKTSNI. Pembangunan yang sangat baik telah dimulakan oleh pasukan SMKTSNI. Keempat-empat pasukan tersebut diundi di dalam kumpulan A.

Jam 10.40 pagi, Pengadil perlawanan, En Najmulhuda bin Mohd Mokhtaruddin (EC) telah memanggil pemain-pemain untuk diperiksa serta diberikan taklimat. Perlawanan dimulakan sejurus selepas itu. Pasukan SSI merupakan naib johan tahun lalu dan merupakan 'seeded' dalam kumpulan B. Perlawanan bermula dengan agak baik. Perasaan gemuruh nyata membelenggu pemain-pemain Tanjung Rhinos untuk mempamerkan permainan terbaik di minit-minit awal permainan. Namun, perasaan gemuruh tersebut perlahan-lahan mulai hilang dan Tanjung Rhinos mula menunjukkan kualiti permainan yang lebih baik dan segera membuahkan hasil.

Tanjung Rhinos akhirnya berjaya mendapatkan try yang dicari-cari pada minit ke 8 permainan. Try tersebut membangkitkan keyakinan dan semangat pemain-pemain lantas berjaya mendapatkan 3 lagi try di separuh masa yang pertama. Separuh masa kedua, cabaran SSI kian memuncak dan Tanjung Rhinos dikerah untuk bertahan dengan lebih kerap. Dengan sedikit tuah, walaupun terus diasak, Tanjung Rhinos mampu melakukan serangan balas yang baik dan mendapatkan 3 lagi try di separuh masa kedua. Keputusan akhir Tanjung Rhinos 39-0 SSI. Kemenangan yang tidak disangka-sangka. Terima kasih di atas try-try yang telah dilakukan oleh Rasydan, Azwanis, Izul, Fatah, Nazirul, Shukri dan Adib. Hanya 2 sahaja convertion yang berjaya disempurnakan. Apapun, kemenangan ini nyata adalah milik pasukan. Bermain secara sepasukan merupakan kekuatan utama yang membolehkan kami mengatasi pasukan SSI.

Akhirnya, jumpa lagi esok di hari kedua, dengan pasukan SMK Dato' Usman Awang akan menanti Tanjung Rhinos untuk saingan seterusnya pada perlawanan yang dijadualkan akan bermula pada pukul 8.30 pagi. Tahniah Tanjung Rhinos untuk kemenangan pertama. Nyata, inilah masanya untuk kita mengangkat nama SM Vokasional Tanjung Puteri. Ayuh mara dan terus berjuang.

Di minit-minit awal permainan
Menonton perlawanan EC vs BBU
Lineout oleh SSI cuba di cabar oleh Pisang
Menunggu pasukan lawan mengambil penalty kick
'Ball not straight' dan menghadiahkan scrum kepada SSI
Cikgu Salmezan dan Cikgu Khairee tekun memantau permainan TANJUNG RHINOs
Keputusan akhir melibatkan semua perlawanan dihari pertama

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.