Skip to main content

English College (MSAB) di SMV Tanjung Puteri

TANJUNG RHINOs menentang EC di laman sendiri
5 April 2011, Selasa. Hujan lebat nyata tidak dapat menghalang pertemuan antara TANJUNG RHINOs  dengan Pasukan English College, Johor Bahru (Maktab Sultan Abu Bakar), satu nama besar dalam sukan ragbi samada di peringkat negeri Johor atau peringkat kebangsaan. Kesudian sebuah pasukan yang dibimbing oleh jurulatih-jurulatih berpengalaman iaitu En Najmulhuda bin Mohd Mokhtaruddin, En Phyza Yahya dan En Anis untuk bertandang ke laman kami merupakan sesuatu yang sangat bermakna buat kami. Perlawanan pada petang ini tertunda buat sementara waktu berikutan keadaan hujan yang lebat dan turut diselangi dengan panahan kilat dan dentuman guruh. Sekitar jam 5.15 petang, maka bermulalah pertembungan antara Pasukan EC dan TANJUNG RHINOs.

Meyedari perlawanan petang ini adalah menentang sang juara, objektif kami petang ini cuma ingin melayan dan membalas kunjungan mereka dengan mempamerkan permainan terbaik yang mampu kami sajikan. Kami juga sedar terlalu banyak yang kami boleh pelajari daripada perlawanan petang ini. Perlawanan berlangsung dalam keadaan hujan renyai dan padang yang becak nyata tidak mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan terutamanya pasukan EC. Dengan larian deras daripada backline dan permainan tersusun daripada forward membuatkan mereka tidak menunggu lama untuk mendapatkan 'try' yang pertama.

Permainan petang ini berlangsung hampir 60 minit dengan setiap suku permainan selama 20 minit sebelum pemain-pemain berehat. Keputusan akhirpada hari ini, TANJUNG RHINOs tunduk dengan EC dengan jumlah jaringan 20-10. Kemenangan kepada pihak EC seperti yang telah dijangkakan. Kami juga gembira kerana turut berjaya mencuri mata dengan melakukan 2 'try' melalui forward. Kekalahan ini nyata tidak mematahkan semangat kami dan kami berazam untuk terus bekerja keras. Jurang permainan juga kelihatan terlalu jauh seiring dengan pengalaman yang jika dihitung terlalu jauh antara kami dan mereka. Demikianlah perkara yang boleh diperkatakan daripada perlawanan persahabatan terakhir sebelum Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru mengambil tempat.

Diundi di dalam kumpulan B, bersama-sama dengan pasukan tuan rumah, SMK Sultan Ismail dan pasukan SMK Dato Usman Awang. Kami menyedari, TANJUNG RHINOs akan berhadapan dengan situasi yang sukar. Kami akan cuba mencari ramuan terbaik untuk menjinakkan mereka. Segalanya mungkin di atas padang berbanding dengan statistik di atas kertas. Berita kecederaan yang dialami oleh Akmal memang sedikit sebanyak menggusarkan kami. tapi bermain secara berpasukan adalah lebih utama. Akhir kata, bersama kita semarakkan sukan ragbi tempatan dengan hadir memberi sokongan di Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru yang bakal berlangsung 12-15 April 2011 ini di SMK Sultan Ismail.

Pasukan EC bersiap sedia sebelum memulakan permainan

Sesi memanaskan badan di dalam kedinginan hujan



Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...