Skip to main content

Menjelang Segamat 10's Open

Latihan terakhir sebelum perlawanan persahabatan dengan SMK Tasek Utara berlangsung
8 Mac 2011, Selasa. Mengikut perancangan awal, Segamat 10s dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir bulan Mac di UiTM Segamat. Dengan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum sepak mula, Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Tasek Utara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan hari ini turut disertai pemain-pemain dari pasukan simpanan, pasukan pelapis selain pasukan utama. Cuaca yang sangat baik pada petang ini melicinkan perjalanan perlawanan ini.

Perlawanan selama lebih kurang 40 minit pada petang ini menunjukkan beberapa perkara yang positif. Pemain kelihatan lebih matang dalam membuat 'turn over', 'rucking' yang lebih kemas dan bola banyak dikeluarkan kepada 'back line' untuk memberi peluang kepada 'back line' untuk mendapatkan 'try'. Barisan 'forward' seperti biasa sentiasa cuba untuk memecahkan barisan 'forward' lawan dengan melakukan rempuhan-rempuhan dan juga 'mauling' yang baik. Pemain juga dapat bermain mengikut taktik yang cuba diserapkan. Perlawanan pada petang ini memberikan signifikan atau petanda yang sangat positif.

Disebalik kekuatan-kekuatan itu, kita harus mengakui bahawa Tanjung Rhinos masih lagi jauh dari kesempurnaan. Banyak lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Beberapa hari ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk meningkatkan mutu permainan dan pemahaman pemain. Keputusan akhir hari ini, Tanjung Rhinos 35-25 SMK Tasek Utara. Insyaallah kita sudah semakin bersedia untuk meledak dalam kejohanan-kejohanan yang akan mendatang. Hidup TANJUNG RHINOS..

Totok cuba menembusi forward lawan
Bersedia untuk perlawanan 'Hitam vs hitam'
Cikgu Salmezan tekun melihat aksi permainan
Tanjung Rhinos ketika aktiviti memanaskan badan

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.