Skip to main content

Persahabatan 2010


14 Okt 2010, Khamis. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi SMK Dato' Usman Awang bertempat di padang mereka. Cuaca yang indah pada petang ini menjadikan segala program yang dirancang berjalan dengan baik. Pasukan SMK Dato' Usman Awang sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Jemputan PPD Kulai. Turut mendapat sentuhan dari jurulatih baru, Saudara Izat bekas pemain ragbi SSBP yang kini menuntut di UTM. Perlawanan pada petang itu agak seimbang dari segi keputusan. Namun Tanjung Rhinos menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tanjung Rhinos pada petang ini diwakili oleh 20 orang pelajar. Beberapa muka baru turut menampilkan persembahan bertenaga. Latihan pada petang ini disifatkan sebagai berjaya dan semoga ikatan antara Tanjung Rhinos dan SMK Usman Awang akan terjalin erat demi pembangunan pasukan ragbi bersama.


Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula. Tanjung Rhinos berjersey hitam di sebelah kanan dan SMK Usman Awang berjersey biru bersama bekas jurulatih mereka En Fidzamil (Kini di MCKK)

6 Okt 2010, Rabu. Setelah bercuti sempena hari raya aidilfitri, kini pasukan Tanjung Rhinos kembali turun ke padang latihan. Mula menjalani latihan 3 kali seminggu bermula 20 Sep 2010, Pasukan Tanjung Rhinos telah menjenguk pasukan jiran setempat iaitu SMK Tasek Utara. Sebagai permulaan, beberapa orang pemain nampak masih belum bersedia untuk perlawanan yang lebih kompetetif. Beberapa muka baru juga dilihat tidak menyerlah. Pemain-pemain lama dilihat agak baik dengan beberapa larian yang baik dan sentuhan yang baik. Tiada penilaian khusus untuk perlawanan persahabatan ini. Hanya untuk meraikan keghairahan mereka untuk turun ke padang memulakan latihan. Apapun, satu permulaan yang baik. Semoga kami dapat membuat kunjungan susulan ke sana.









Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...