Skip to main content

Juara Kategori Spoon Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2010

Wira-wira TANJUNG RHINOS
Berdiri (dari kiri) - Hakim sih, Redwan, Mizi, Yus, Haziq, Cgu Salmezan, Long, Kuning, akmal
Duduk (dari kiri) - Kunyet, Norazliamir, naseer, adib, fakar, faizuan, arif (c)

Dataran Bandaraya Johor Bahru telah menjadi tapak untuk Pasukan Ragbi SMV Tanjung Puteri mencatatkan nama sebagai Johan Kategori Spoon Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2010. Pertandingan yang diadakan pada 31 Julai-1 Ogos 2010 menjadi medan kepada lebih 1000 pemain ragbi dari pelbagai negara untuk menimba pengalaman. Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pasukan handalan di Malaysia termasuk SM Sains Selangor (naib johan keseluruhan edisi kali ini). Astro Arena turut menyiarkan secara langsung dua perlawanan melibatkan pasukan SMVTP iaitu bertemu dengan naib johan kategori cup iaitu SM Sains Selangor dan perlawanan final kategori spoon, bertemu pasukan SMK Pasir Gudang 3.

Pada perlawanan final spoon, Tanjung Rhinos terikat dengan SMK Pasir Gudang 3 tanpa sebarang masa sehingga masa perlawanan sebenar tamat dan masih lagi terikat selepas tambahan masa. Kemenangan akhirnya berjaya dimiliki hanya selepas penentuan sepakan drop kick dengan mata 2-1. Terima kasih kepada Farid Talib dengan jaringan dramatiknya dan Arif (C) memastikan sepakan drop kicknya masuk dan muncul johan kategori spoon.

Perlawanan-perlawanan lain termasuklah, menang dengan SMV Segamat 14-0, kalah dengan Naib Johan Cup, SM Sains Selangor 0-39, kalah dengan SMK Alauddin Syah 12-10. Sekadar menduduki tempat ke-3 kumpulan. Bertemu dengan SMK BBU, kalah 7-0. Tanjung Rhinos bermain untuk kategori spoon. Menang dengan SMK Permas Jaya 19-0, mengalahkan SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat 5-0 dan seterusnya melangkah ke final spoon. Tanjung Rhinos juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Iskandar Malaysia yang menaja yuran penyertaan pasukan kami. Pencapaian yang cukup manis untuk dikongsi bersama. Semoga pasukan terus komited menggapai kejayaan di tahun-tahun mendatang. Terus maju Tanjung Rhinos.















Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain