Skip to main content

sejarah

  • 2007 Permulaan satu perjalanan..
2007 ditandakan sebagai tahun pertama wujudnya Pasukan Ragbi di sekolah yang ketika itu dikenali sebagai Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri yang selepas itu bertukar namanya kepada Sekolah Menengah VOKASIONAL Tanjung Puteri. Pasukan ini ditubuhkan atas idea Tuan Haji Abdul Rahman bin Hj Nasir, pengetua sekolah ketika itu. Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum, En Rohaizi bin Mokhtar telah melantik 3 orang guru baru ketika itu untuk membimbing pasukan ragbi sekolah. En Salmezan bin Murat, En Abd Rahman bin Ahmad dan En Mohd Rizal Zaini bin Ismail menjadi pengurus dan jurulatih 'bidan terjun'. Dengan ketiadaan pengalaman dan kecetekan pengetahuan, pasukan ini tetap terus bertatih dengan berbekalkan semangat yang tinggi. penyertaan pertama pasukan ialah menyertai Pertandingan Ragbi 10s Kejohanan Antara Teknik yang diadakan di SM Teknik Batu Pahat (kini dikenali sebagai SM Vokasional Batu Pahat) 2007. Pasukan mula menimba pengetahuan dan pengalaman. Guru-guru juga mula belajar dari pertandingan itu.Maka bermulalah satu perjalanan untuk diingati..

Pasukan Terbaik, Ketiga KAT 10s di SM Vokasional Batu Pahat tahun 2008
Antara pemain-pemain : Kudud (C), Amirul, Wagiman, Arif, Rasyid, Iz'aan, Apek, haikal , Shafiq, Azreen, Aiman, Firdaus, Yazid dan lain-lain.
  • 2011 Layak ke Final Ragbi MSSD Johor Bahru U18 
Diundi di dalam kumpulan B bersama Pasukan SSI dan SMKDUA (Perling Dragon), Tanjung Rhinos segera mencuri tumpuan apabila menumpaskan naib johan tahun lalu, SSI dengan pungutan mata 39-0. Pungutan mata tersebut juga merupakan pungutan mata kemenangan yang terbesar yang pernah diperolehi pasukan di dalam pertandingan peringkat MSSD Johor Bahru. Pertemuan dengan Perling Dragon lebih kompetetif sebelum Tanjung Rhinos mengesahkan kemenangan dengan pungutan mata 10-7. Mara ke peringkat separuh akhir, diundi untuk bermain dengan pasukan BBU, Tanjung Rhinos sekali lagi mencetuskan fenomena apabila layak ke final dengan menewaskan BBU 20-0. Layak ke final buat kali pertama sejak penubuhan pasukan ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri.Pada perlawanan final kita tumpas, menepati ramalan, tumpas di tangan ENGLISH COLLEGE 69-3. Tahniah wira-wira TANJUNG RHINOS 2011, anda telah mencipta satu sejarah baru untuk terus dikenang. Dan mungkin boleh dikatakan setakat ini, TANJUNG RHINOS 2011, anda merupakan 'BADAK-BADAK' yang terbaik sepanjang zaman yang pernah SM Vokasional Tanjung Puteri miliki.

Barisan terbaik TANJUNG RHINOs ke MSSD Johor Bahru (NAIB JOHAN)

Diri dari kiri : Shukri, Fakar, Afizul, Arif, Haziq, Naqib, Ridhwan, Rasydan, Affiz, Bobby, Akmal, Azli, Lokman, Fauzan, Fatah dan Cgu Salmezan
Duduk dari kiri : Azwanis, Nazirul, Adib, Kecik, Hasmadi, Harziq, Firdaus, Pisang dan Afizi
Tiada di dalam gambar : Aminullah
  • 2011 TANJUNG RHINOs Johan KAT 2011 di SMV Segamat
Dibarisi pemain-pemain yang rata-ratanya mula mendapat pendedahan bermain bersama semenjak Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge, Arau 10s Open dan MSSD JB, keserasian antara mereka kelihatan semakin baik. Idea untuk muncul juara tersemat kukuh di dalam jiwa sanubari pemain-pemain. Mereka memberikan segala yang terbaik untuk muncul sebagai juara. Akhirnya, pemain-pemain berjiwa juara ini berjaya melakukannya. Tahniah untuk pencapaian terbaik ini yang menjadi sebahagian daripada sejarah terbaik Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos.

Kami TANJUNG RHINOs terbaik di Zon Johor

  • 2011 TANJUNG RHINOs Ketiga KATV Kebangsaan di Kuantan
Melengkapkan lakaran kejayaan 2011, Tanjung Rhinos yang pertama kali berjaya mewakili negeri Johor untuk Kejohanan Antara Teknik / Vokasional Peringkat Kebangsaan segera mencuri tumpuan apabila berjaya menduduki tempat 3 dengan mengatasi saingan Negeri Sembilan melalui wakil mereka, SMV Ampangan. Pencapaian ini nyata melonjakkan nama SM Vokasional Tanjung Puteri di pentas ragbi di kalangan sekolah-sekolah vokasional dan teknik seluruh Malaysia. Tahniah atas pencapaian luar biasa ini Tanjung Rhinos.

Sejurus menerima kalungan medal tempat ketiga daripada Tuan Pengarah BPTV
" If you work hard and long enough, you can beat other people because the world is full of average"

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.