Skip to main content

Posts

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Rugby World Cup 2015 Complete schedule and free live streaming

Panduan kepada penggiat dan peminat ragbi Malaysia, untuk tukar kepada waktu tempatan sila tambah 7 jam dari waktu yang tertera. Contoh perlawanan Eng v Fiji dijadualkan berlangsung pada 18 Sep jam 2000, + 7 jam = 19 Sep jam 0300. Tidak melanggan astro atau tiada restoren mamak berhampiran yang buka RWC 2015, jangan risau anda boleh servey link ini untuk free live streaming http://streams.tv/channel/11-itv1/rugby .

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...

Piala Merdeka 15s Antara KV Zon Johor 2015

Kejohanan sulung dengan KV Batu Pahat sebagai tuan rumah telah berjaya menghimpunkan sebanyak 4 buah pasukan KV dari negeri Johor termasuk KV Kluang, KV Segamat, KV Tanjung Puteri dan tuan rumah, KV Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Syamsul Salleh atas dedikasi tertingginya untuk merealisasikan kejohanan 4 penjuru ini. Kejohanan yang berlangsung pada 16 Sept 2015 (Cuti Hari Malaysia) telah menemukan Tanjung Rhinos dengan pasukan KV Kluang untuk peringkat separuh akhir dengan keputusan memihak kepada kami dengan pungutan mata 22-5. Pada perlawanan akhir, kami telah bertemu dengan pemenang separuh akhir ke-2 iaitu pasukan KV Segamat.Keputusan akhir perlawanan tersebut, TR menang 10-0. Seramai 27 orang pemain telah turut serta dengan bilangan pelajar tahun 3 hanya seramai 3 orang, pemain-pemain dalam pasukan ini merupakan calon untuk bermain dalam MSSD JB tahun hadapan. Perlawanan-perlawanan hari ini memberi pendedahan yang cukup bagus untuk mereka yang baru bermai...

2013 : Ragbi Kolej Vokasional Tanjung Puteri terus positif

Memasuki suku pertama 2014. Rasa teringin untuk menulis timbul kembali setelah sekian lama tapak ini dibiarkan. Sorotan sepanjang 2013, detik pencapaian terbesar sudah pastinya apabila Tanjung Rhinos berjaya merangkul Johan Kategori Plate, Kejohanan Ragbi 10 Sepasukan Voktek Peringkat Kebangsaan 2013 yang telah berlangsung di Politeknik Shah Alam, Selangor pada 4-6 Jun 2013. Berikut merupakan keseluruhan keputusan dalam kejohanan tersebut : Peringkat Kumpulan : Johor vs Sarawak, Menang 15-7 Johor vs Terengganu, Kalah 5-19 Johor vs Perlis, Menang 19-14 Johor vs Perak, Kalah 0-7 Pusingan Kalah Mati : Suku Akhir Plate, Menang vs Negeri Sembilan 10-7 Separuh Akhir Plate, Menang vs Pahang 12-7 Final Plate, Menang 14-7

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

'Kito monang' Karnival Voktek 10s Zon Johor 2013

Meraikan kejayaan muncul johan Karnival Voktek kali ke-2  Kejohanan Ragbi Voctech 10s 2013 (Intertech) telah berlangsung di SM Sains Johor dan High School Kluang pada 26-27 April 2013. Kluang Rugby Club menerusi wakil mereka, En Bandot telah menjadi tulang belakang dalam menjayakan kejohanan kali ini. Pasukan TR telah diletakkan di dalam kumpulan B bersama pasukan KV Batu Pahat dan TiJB. Berikut merupakan keputusan melibatkan pasukan TR : Hari Pertama : TR vs KV Batu Pahat Menang 51-5  Seingat saya, ini merupakan rekod jaringan terbesar bagi kejohanan ini semenjak penganjuran kali pertama pada tahun 2007 dan secara pasti, jumlah skor ini merupakan rekod jaringan terbesar untuk pasukan TR sepanjang penyertaan ke kejohanan ini. Sejumlah 9 try telah berjaya dihasilkan dengan 3 convertion kick berjaya disempurnakan. Suatu permulaan yang baik untuk pasukan. TR vs TiJB Menang 15-5 Permainan berkualiti telah ditunjukkan oleh TiJB yang memiliki barisan pemain ya...

Johor Rugby Carnival 2013

Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Johor (JRU) sekali lagi akan menganjurkan Johor Rugby Carnival 2013 pada : Tarikh   : 22-23 Jun 2013 Tempat : Dataran Bandaraya Johor Bahru Karnival yang dijadualkan berlangsung selama dua hari ini akan menjadi medan pertarungan bagi ribuan penggiat ragbi dari seluruh pelusuk Malaysia dan Asia melalui 6 kejohanan yang bakal dipertandingkan. Asia Junior Men 7's Rugby Tournament U20 (Malaysia merupakan juara bertahan) Asia Junior Women 7s Rugby Tournament U20 Johor Ladies 7s International Clubs Open Iskandar Malaysia 10s Rugby Cahallenge U18 and U15 Johor Mini 7s Rugby Challenge U11 JOHO - We Are Different !!

Panduan Pembahagian Masa Latihan

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. Sebelum memulakan rencana ini, saya ingin menggambarkan keadaan saya ketika mula terlibat dalam sukan ragbi. Sebagai seorang Guru Malaysia, kami perlu sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja 'kerja' yang dipertanggungjawabkan termasuklah menjadi 'jurulatih'. Pada peringkat awal, seringkali juga saya meng 'google' untuk mencari perkara-perkara asas seperti ini. Memandangkan kebolehan Bahasa Inggeris yang minimum, saya menggunakan medium 'Bahasa Melayu' untuk mencari tetapi seringkali gagal. Jadi penulisan ini saya dedikasikan kepada insan-insan yang sedang melalui jalan-jalan yang telah saya lalui sebelum ini. Semoga mendapat 'sedikit' panduan daripada penulisan ini. Penulisan kali ini memfokuskan tentang perkara-perkara yang ingin dilakukan dalam sesuatu sesi latihan. Cadangan sa...

MSSJ Johor 2013 : Tanpa episod akhir

Team Johor Bahru - Luaskan kuasamu Kejohanan Ragbi MSSJ Negeri Johor 2013 telah berlangsung pada 9-11 Mac 2013 dengan Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah. Perlawanan untuk kategori bawah 18 tahun telah berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan SMK Dato' Usman Awang. Tumpuan saya semestinya terarah kepada venue Padang JRU memandangkan keseluruhan perlawanan melibatkan pasukan Johor Bahru akan berlangsung di sana. Saya juga ternanti-nanti, samada dua orang wakil kami ke MSSJ iaitu Haikal dan Jerry akan beraksi nanti. Bercakap mengenai wakil kami, saya sememangnya memahami dengan baik bahawa bukan mudah untuk pemain-pemain kami yang dikembang-biakkan selama setahun sahaja mampu untuk mendapat tempat dalam pasukan utama 'team' Johor Bahru. Penghantaran mereka menyertai pasukan Johor Bahru semata-mata untuk memberikan mereka peluang merasai pengalaman berlatih dan bermain bersama dengan 'orang-orang' hebat. Proses ini penting dalam memb...

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri ...

Kenangan terindah 2012

Barisan pemain TR dan Coach Aruna untuk AUCMS 10s 2012  Tahun 2012 merupakan tahun tersibuk untuk pasukan ragbi kami. Penyertaan ke sembilan buah kejohanan dalam tempoh setahun merupakan rekod bilangan penyertaan terbanyak kami semenjak penubuhan pasukan ragbi Tanjung Rhinos pada tahun 2007. Penyertaan kejohanan dalam pelbagai peringkat termasuk bawah 18, bawah 16 dan kategori terbuka membuka mata kami tentang kepelbagaian 'teknik' bermain ragbi. Dan untuk tahun 2012, saya memilih Kejohanan Ragbi AUCMS 10s Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Allianze University Of Medical Sciences pada 23 - 24 Disember 2012. Dengan deretan pasukan terbaik dari seantero Malaysia termasuk Sekolah Sultan Alam Shah, KGV, Semashor, Semsira dan lain-lain pasukan yang kebanyakannya datang dari sekolah 'cluster' ragbi, sekolah-sekolah SBP, sekolah-sekolah sains dan MRSM menjadi saingan di sana sangat kompetetif. Selepas mengharungi hari pertama yang kurang memberansangkan dengan me...

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain ...

IRB/KRM Level 1 Coaching Course di UTM, Skudai

Kredit kepada En Norsyah Bandot (KRC) yang menghantar gambar ini ke media 21-23 Sept 2012, Jumaat-Ahad. Ini merupakan pengalaman kali kedua dalam mengikuti kursus seumpama ini. Namun kursus kali ini lebih besar nilai sijilnya berbanding dengan kursus yang diikuti sebelum ini. Kursus selama 3 hari bersempena Mas - Thai 2012 : 5th Malaysia - Thailand University Games 2012 telah mempertemukan kami dengan tiga orang lagenda dalam bidang kejurulatihan dan kepengadilan ragbi di Malaysia iaitu En Mohd Rat, Cikgu Hamid dan Che Hisyam. Banyak perkara-perkara baru telah dipelajari hasil perkongsian ilmu dari ketiga-tiga 'educator' tersebut. Secara peribadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hamid yang telah menjadi pembimbing untuk kumpulan kami kerana sudi menjawab setiap gangguan-gangguan kami. Kalau ada kesempatan, teringin juga untuk sambung ke peringkat yang seterusnya. Gambar asal ; Penulis dan Cikgu Salmezan mewakili KV Tanjung Puteri

Kunjungan mesra Politeknik Premier Ibrahim Sultan

Lawatan yang menghubungkan pihak PIS dengan kami serta satu pengukuhan bahawa mereka di PIS sentiasa komited untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan apa sahaja yang mereka miliki dengan dunia luar.  3 pertandingan persahabatan iaitu ragbi, futsal dan bola jaring antara 2 pasukan iaitu PIS dan SMVTP. Berfokus kepada permainan ragbi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayan permintaan kami untuk bermain dengan 15 orang walaupun jumlah keseluruhan yang ada hanya 15. Seterusnya sudi bermain untuk 10 sebelah walaupun difahamkan PIS datang untuk perlawanan 7s sebagai persediaan sebelum SUKIPT 2012. Pengalaman bermain bersama kalian adalah sangat bernilai. Insyaallah di lain kesempatan kami giliran kami pula untuk ke sana.

Tanjung Puteri OB ke PIS (Poly Ibrahim Sultan)

Perlawanan persahabatan perasmian - kali pertama di padang ini Penyertaan kali pertama ke kejohanan ragbi paling berskala besar - Combat 10s 2012, penyertaan untuk kategori terbuka. Satu tuning game telah berlangsung dengan team PIS yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Beberapa perkara menarik sepanjang sesi latihan dan perlawanan persahabatan ini : 1. Kami turut dapat khidmat kejurulatihan dan kepengadilan dari En Rashidie yang selama ini sinonim dengan pasukan SMK Datuk Usman Awang. 2. Tuning game ini turut disertai oleh seorang rakan lama, En Kamarul (x-SMAKJ). Walaupun tubuh masih lagi kecil tapi ternyata sudah semakin berat hehe. 3. Kali pertama Team OB akan bermain untuk kategori terbuka. Sedikit sesi penerangan dari ref panel merangkap jurulatih kami, En Aruna Menyarung jersi TR buat kali pertama - Kamarul dari ADTEC Para OB masih berlari pantas seperti dahulu 

'Brotherhood' dengan anak-anak Dato Jaafar

'Tuning game' sebelum Kajang X 10s 2012 12 Sept 2012, Rabu. Terlalu hampir, tapi bukan mudah bersua. Itu yang dapat saya sifatkan mengenai ragbi Tanjung Puteri dan SDJ (SMK Dato Jaafar, Johor Bahru). Hanya terpisah dengan selorong jalan dan hadangan tembok dengan jarak perjalanan hanya beberapa ela namun bukan mudah untuk kami bermain bersama. Secara pastinya, ini merupakan perlawanan persahabatan kali ke-2 sejak penubuhan pasukan kami (2007). Kesempatan untuk bermain dengan mereka sebelum bertolak ke Kajang merupakan sesuatu yang sangat positif. Saya dimaklumkan bahawa pasukan SDJ sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi saingan pada tahun 2013. Selamat maju jaya SDJ dan senang-senang kita bermain bersama lagi. Perlawanan persahabatan tanpa jersi Cik Aruna memeriksa line out