|
Barisan pemain TR dan Coach Aruna untuk AUCMS 10s 2012 |
Tahun 2012 merupakan tahun tersibuk untuk pasukan ragbi kami. Penyertaan ke sembilan buah kejohanan dalam tempoh setahun merupakan rekod bilangan penyertaan terbanyak kami semenjak penubuhan pasukan ragbi Tanjung Rhinos pada tahun 2007. Penyertaan kejohanan dalam pelbagai peringkat termasuk bawah 18, bawah 16 dan kategori terbuka membuka mata kami tentang kepelbagaian 'teknik' bermain ragbi. Dan untuk tahun 2012, saya memilih Kejohanan Ragbi AUCMS 10s Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Allianze University Of Medical Sciences pada 23 - 24 Disember 2012. Dengan deretan pasukan terbaik dari seantero Malaysia termasuk Sekolah Sultan Alam Shah, KGV, Semashor, Semsira dan lain-lain pasukan yang kebanyakannya datang dari sekolah 'cluster' ragbi, sekolah-sekolah SBP, sekolah-sekolah sains dan MRSM menjadi saingan di sana sangat kompetetif.
Selepas mengharungi hari pertama yang kurang memberansangkan dengan mencatat 3 kekalahan kepada pasukan-pasukan berikut iaitu SAS, MRSM Balik Pulau dan MRSM Kepala Batas, Tanjung Rhinos hanya melayakkan diri untuk bersaing dalam kategori bowl/spoon. Walaupun begitu, saingan pada hari kedua menunjukkan peningkatan yang mendadak sehingga akhirnya berjaya menjadi johan bagi kategori bowl dengan menewaskan pasukan ragbi MRSM Balik Pulau, SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (Samojira) dan Final bertemu SM Sains Alam Shah. Lebih manis lagi, kemenangan ini turut diserikan dengan pemilihan Aminullah Ishak sebagai salah seorang daripada '10 pemain terbaik' kejohanan.
Masih segar dalam ingatan saya tentang peranan yang dimainkan begitu baik oleh barisan pemain Tanjung Rhinos. Permainan bersahaja dari Afidzul Fadzal yang disifatkan pemain-pemain SAMOJIRAN sebagai 'sempoi' dan serba menjadi dengan permainan switching yang begitu baik sangat mengujakan saya. Ketenangan Ezad Ariff (c) dalam menaikkan semangat rakan-rakan sepasukan menonjolkan kekuatan mental beliau yang sangat hebat. Juga paling mengharukan apabila Firdaus yang menerima beberapa jahitan berhampiran dengan mulut pada hari sabtu langsung tidak terkesan dengan kesakitan tersebut dan mampu bermain dengan baik pada hari ahad. Peranan yang dimainkan oleh pemain-pemain lain juga tidak kurang hebatnya. (Maaf kerana tidak dapat menyenaraikan kesemua nama)
Kepada semua pemain-pemain ragbi TR batch 2011-2012 saya akan sentiasa mengenang anda dan pencapaian anda selagi hayat dikandung badan. Seronok kerana sempat mengenali anda. Anda adalah generasi yang paling 'bekerja keras'. Simpan memori ini untuk kebanggaan kita dan generasi kita.
|
Kenangan terindah buat saya |
|
Aminullah Ishak antara pemain terbaik kejohanan |
|
Anda sememangnya layak untuk kalungan dan pialan tersebut |
|
Bersama rakan final - SM Sains Alam Shah |
Comments
Post a Comment