Skip to main content

Posts

Showing posts with the label SMK Dato' Usman Awang

Persahabatan 2010

14 Okt 2010, Khamis. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi SMK Dato' Usman Awang bertempat di padang mereka. Cuaca yang indah pada petang ini menjadikan segala program yang dirancang berjalan dengan baik. Pasukan SMK Dato' Usman Awang sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Jemputan PPD Kulai. Turut mendapat sentuhan dari jurulatih baru, Saudara Izat bekas pemain ragbi SSBP yang kini menuntut di UTM. Perlawanan pada petang itu agak seimbang dari segi keputusan. Namun Tanjung Rhinos menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tanjung Rhinos pada petang ini diwakili oleh 20 orang pelajar. Beberapa muka baru turut menampilkan persembahan bertenaga. Latihan pada petang ini disifatkan sebagai berjaya dan semoga ikatan antara Tanjung Rhinos dan SMK Usman Awang akan terjalin erat demi pembangunan pasukan ragbi bersama. Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula. Tanjung Rhinos berjersey hitam di sebela...