Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri
Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri
Kolej Vokasional Tanjung Puteri
3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.
Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia.
MSSD
JB 15s
|
Inter
Tech 10s & Votek 7s Johor
|
Inter
Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan
|
|
2007
|
-
|
Grouping
stage
|
-
|
2008
|
Grouping
stage
|
3rd
|
-
|
2009
|
Grouping
stage
|
4th
|
-
|
2010
|
Grouping
stage
|
Grouping
stage
|
-
|
2011
|
2nd
|
1st
|
3rd
|
2012
|
2nd
|
2nd
|
-
|
2013
|
3rd
|
1st
|
5th
|
2014
|
4th
|
1st
|
13th
|
2015
|
3rd
|
1st
|
16th
|
Pencapaian terbaik kami adalah pada tahun 2011 dengan kejayaan merangkul Johan Inter Tech 10s (waktu itu nama rasmi kejohanan tersebut ialah Kejohanan Antara Teknik), Naib Johan MSSD Johor Bahru dan tempat ketiga Inter Tech Kebangsaan. Nilai tambah kepada pencapaian-pencapaian tersebut ialah kesemuanya dicapai buat kali pertama. Tahun tersebut telah menyempurnakan impian yang kami bentuk bertahun-tahun.
Tahun-tahun berikutnya, sudah tentu dengan pemain-pemain yang berbeza, kami masih dapat mengekalkan konsistensi pencapaian tersebut walaupun terdapat sedikit penurunan. Kejohanan MSSD JB kami masih terus mengekalkan kedudukan 4 tempat teratas bersama-sama dengan English College (MSAB), TSNI HOBBIT dan SMKBBU (EC konsisten mengekalkan kejuaraan sejak tahun 2010, 3 yang lain bertukar-tukar kedudukan 2 hingga 4) dan masih konsisten dalam Inter Tech Zon Johor dengan kejuaraan hatrik (2013-2015).
Tahun-tahun berikutnya, sudah tentu dengan pemain-pemain yang berbeza, kami masih dapat mengekalkan konsistensi pencapaian tersebut walaupun terdapat sedikit penurunan. Kejohanan MSSD JB kami masih terus mengekalkan kedudukan 4 tempat teratas bersama-sama dengan English College (MSAB), TSNI HOBBIT dan SMKBBU (EC konsisten mengekalkan kejuaraan sejak tahun 2010, 3 yang lain bertukar-tukar kedudukan 2 hingga 4) dan masih konsisten dalam Inter Tech Zon Johor dengan kejuaraan hatrik (2013-2015).
Namun disebalik konsistensi tersebut, kami belum lagi cukup bagus untuk jadi juara MSSD JB walaupun pernah menjengah pentas final (2011-2012). Harus diakui, memang terdapat perbezaan kelas yang besar terutama dengan English College. Dan di peringkat Inter Tech Kebangsaan juga, kami masih belum lagi dapat menjengah kedudukan tempat kedua teratas. Dengan format 7 sepasukan yang mula diperkenalkan pada tahun 2014, kedudukan kami semakin jauh ke belakang. Dua tahun berturut-turut hanya mampu bersaing untuk kategori shield sahaja.
2016 kami akan kekal fokus menggosok pingat perak kami di MSSD JB supaya boleh jadi emas, kekalkan konsistensi kami dalam VOKTEK 7s Zon Johor dan capai keputusan lebih baik untuk VOKTEK 7s Kebangsaan. Kami telah mula mengutip pengalaman bermain 15 side di penghujung tahun 2015 sebagai persiapan untuk tahun depan. Current players pun ada kemampuan yang agak bagus, coaches pun kena jadi lagi kritis ditambah dengan sokongan pelbagai pihak, rasanya tiada yang mustahil untuk dicapai. Untuk insan-insan budiman yang positif dengan impian kami dan sudi menawarkan apa-apa sahaja bentuk bantuan, samada kepakaran, khidmat nasihat, sokongan kewangan dan lain-lain walau sekecil mana, kami ingin nyatakan di sini bahawa kami sangat mengalu-alukan hal tersebut. Hanya perlukan tinggalkan sebarang komen disini.
Ayuh jadikan impian ini kejayaan kita bersama
"Winners make it happen, losers let it happen"
Ayuh jadikan impian ini kejayaan kita bersama
"Winners make it happen, losers let it happen"
demi #KVTP
Abd Rahman Ahmad
6.29 pm
24/9/2015
Comments
Post a Comment