Gaya Liverpool tapi hati tetap ULTRAS MALAYA! Terima Kasih Fahrurrazi Puji untuk foto menarik ini Pertembungan antara The Reds dan Malaysia yang berlangsung petang tadi dengan keputusan akhir, Liverpool menang 6-3. Masuk seminggu berehat dari mengadakan latihan ragbi di padang atas ekoran kesibukan tugas-tugas lain disamping menghabiskan sedikit masa bersama keluarga membolehkan saya menonton perlawanan petang tadi dengan penuh minat. Sememangnya saya sentiasa berusaha untuk memastikan saya dapat menonton perlawanan melibatkan pasukan kebangsaan. Senario terkini juga jelas memberi tanda bahawa sukan bolasepak kembali menjadi suatu fenomena dan sedang dibarisi oleh watak-watak terbaik dari seluruh pelusuk negara. Muncul satu-satunya negara dari Asia Tenggara yang berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat kumpulan pusingan ke-3 (Zon Asia) kelayakan Sukan Olimpik 2012, mungkin membawa pengertian yang lebih besar - Malaysia mungkin memiliki sejumlah pemain muda terbaik di...
Small team with a big heart and strong effort. Committed to the rugby since 2007.