Skip to main content

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan.

SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION)

Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut :
  1. Larian perlahan antara stesyen. Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang (pre-warm up).
  2. Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body)
  3. Lompat bintang (Star jump) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain melakukan skipping beberapa ratus kali. Lantas saya memulakan skipping tanpa tali atau lompat bintang. Kami cuba lakukannya sebanyak yang mungkin dalam tempoh tertentu. Bilangannya yang mereka lakukan? kami tidak pernah tahu berapa kali mereka melakukannya, mereka hanya akan mengira 1-10 berulang-ulang kali dan saya akan meminta mereka lakukan selama beberapa minit.
  4. Latihan fizikal : tekan tubi - sit up - squad. Perkongsian dengan En. Rashidie (Johor Bahru), pemain-pemain diminta mencari pasangan dan melakukan aktiviti tersebut dengan pengawasan (tanpa pengawasan suruh buat 100x pun masih steady). Saya biasa meminta pelajar melakukan 'bumping and arm rotation' sekurang-kurangnya untuk 2 set (10 kali untuk satu set dengan bumping yang terakhir saya minta mereka tahan selama beberapa saat) dan mereka akan sukar melakukannya walau untuk 10 kali (1 set). Lakukan rutin yang sama untuk sit-up dan squad.
  5. Hantaran dan terima bola secara bertiga atau berempat.
  6. 'Shuttle Run'
  7. Larian bervariasi : larian merujuk kepada gaya larian dalam perlawanan sebenar (lari anak - larian sederhana - larian pantas). Bina stesyen sejauh lebih kurang 20 - 25 meter dan anda panggil 1 untuk mereka berlari anak, 2 untuk larian sederhana dan 3 untuk larian pantas. Lakukan beberapa set dengan satu set sekitar 5 minit  (ikut kesesuaian).
Perlu diingat, pemain-pemain perlu digalakkan untuk meminum air bagi menggantikan cecair dalam badan yang telah hilang, sekiranya waktu panas mungkin 'water break' perlu diberikan bagi setiap 20-30 minit (Saya nyatakan ini kerana saya pernah berjumpa dengan 'coach' yang melarang pemain-pemainnya untuk minum sewaktu sesi latihan).

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012

Barisan pejuang TR di Kejohanan Ragbi MSSD JB 2012 Berdiri (dari kiri) : Zaki, Abot (c), Capang, Beto, Affiz, Amin (vc), Harziq, Naqib dan Fauzan Ditengah (dari kiri) :Farhan, Amin, Jerry, Fikri, Syahrul dan Lutfi Duduk (dari kiri) : Abang, Haiqal, Afizul, Mus, Kecik, Adik, Athari, Afif dan Izzat Tiada dalam gambar : Syah Roswandi 3-6 April 2012, Selasa-Jumaat. Kejohanan yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru terpaksa bertukar 'venue' ke SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 buah sekolah untuk mengambil bahagian dan merupakan penyertaan terbesar setakat ini. Pasukan TR telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan jiran SDJ (Sekolah Menengah Dato' Jaafar) dan SDARY (SMK Dato Abdul Rahman Yasin). Berikut merupakan keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan TR sepanjang kejohanan berlangsung : TR vs SDJ Menang 31-7 (Peringkat Kumpulan) ...