Skip to main content

Piala Merdeka 15s Antara KV Zon Johor 2015

Kejohanan sulung dengan KV Batu Pahat sebagai tuan rumah telah berjaya menghimpunkan sebanyak 4 buah pasukan KV dari negeri Johor termasuk KV Kluang, KV Segamat, KV Tanjung Puteri dan tuan rumah, KV Batu Pahat. Setinggi-tinggi penghargaan buat Cikgu Syamsul Salleh atas dedikasi tertingginya untuk merealisasikan kejohanan 4 penjuru ini.
Kejohanan yang berlangsung pada 16 Sept 2015 (Cuti Hari Malaysia) telah menemukan Tanjung Rhinos dengan pasukan KV Kluang untuk peringkat separuh akhir dengan keputusan memihak kepada kami dengan pungutan mata 22-5. Pada perlawanan akhir, kami telah bertemu dengan pemenang separuh akhir ke-2 iaitu pasukan KV Segamat.Keputusan akhir perlawanan tersebut, TR menang 10-0.

Seramai 27 orang pemain telah turut serta dengan bilangan pelajar tahun 3 hanya seramai 3 orang, pemain-pemain dalam pasukan ini merupakan calon untuk bermain dalam MSSD JB tahun hadapan. Perlawanan-perlawanan hari ini memberi pendedahan yang cukup bagus untuk mereka yang baru bermain ragbi. Kami sangat berharap agar pasukan ini dapat terus dimajukan dan dipersiapkan untuk baki saingan tahun ini dan tahun depan.

Kedudukan terakhir pasukan-pasukan yang bertanding adalah seperti berikut :
Johan Cup - KV Tanjung Puteri
Naib Johan Cup - KV Segamat
Johan Plate - KV Batu Pahat
Naib Johan Plate - KV Kluang

Penampilan terakhir Razif dalam team, tahun depan sudah lebih 18 tahun

KV Tanjung Puteri

Aksi final Faez yang berjaya dirakam 

KV Kluang turut diperisakan oleh Bandot dan rakan-rakan KRC

Orang yang paling bekerja keras untuk game nih, Cikgu Syamsul baju Malaysia

KV Batu Pahat

KV Segamat 

Tq Muzakkir sudi ikut siap jadi AR, tu hadiah AR terbaikk
Abd Rahman bin Ahmad
24 Sept 2015
Happy Eid Adha
All photo from FB Mohd Salmezan

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.