Sebahagian pemain yang mengikuti friendly petang ini 16 Feb 2012, Khamis. Tanjung Rhinos meneruskan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan ragbi dengan English College, sekolah 'cluster' ragbi apabila sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sepasukan. Perlawanan pada petang ini berlangsung di Padang Ragbi Dataran Bandaraya Johor Bahru berlatar belakangkan jam gergasi dan Hotel Thistle menjadikan perlawanan petang ini berbeza berbanding perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini. Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur kemampuan pemain-pemain TR ini berlangsung dalam cuaca yang sangat baik. Kesemua pemain dapat memberikan komitmen yang terbaik dan yang paling utama, kami turut belajar sesuatu yang baru daripada pertemuan dengan pasukan gergasi selatan ini. Perlawanan petang ini juga pasti menjadi antara perlawanan yang paling diingati oleh keseluruhan pasukan TR dan akan memberi suntikan motivasi terbaik k...
Small team with a big heart and strong effort. Committed to the rugby since 2007.