Skip to main content

Posts

Alhamdulillah

buat pertama kali Tanjung Rhinos di SMKPG3 Pasir Gudang Syukur kehadrat Allah swt di atas banyak perkara, antaranya : Kami masih bernafas hingga ke saat ini. Masih mampu berlatih, menjalinkan hubungan dengan sahabat-sahabat baru dan masih mampu mencetus idea-idea baru yang sedia untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. SMKPG3 sudi menerima kunjungan kami walaupun kami hanya menghubungi mereka pada saat-saat akhir. Apapun, mereka cukup ramah menerima kedatangan kami. Terima kasih SMKPG3. Awan berarak mendung di minit-minit awal permainan. Seakan memberi penyataan yang perlawanan pada petang ini tidak akan dapat berlangsung lama. Tapi cuaca gelap diselangi dengan dengan panahan kilat dan dentuman guruh itu beransur-ansur hilang dan perlawanan dapat diteruskan seperti dijadualkan. Perlawanan hari ini, 23 FEB 2011 (Rabu), memberikan signifikan bahawa kita sedang membina semangat berpasukan yang lebih baik. Sedang mematangkan diri untuk bermain secara berpasukan berbanding bermai...

Berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda

9 Feb 2011, Rabu. Selepas menikmati hidangan tengahari, kami terus bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan persahabatan kami yang pertama untuk tahun 2011. Bertemu dengan pasukan Uda Rugby, SMK Bandar Baru Uda. Pergerakan petang ini sangat lancar, kami sampai di sana pada masanya, solat asar dan terus ke padang. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam perlawanan petang ini. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 turut mengambil bahagian dalam program petang ini. Perlawanan hari ini berakhir dengan baik. Pemain-pemain tidak berhadapan dengan sebarang kecederaan yang besar. Permainan semakin baik dan boleh dikatakan TANJUNG RHINOS kini sedang mengalami proses kematangan yang pesat. Terima kasih kepada tuan rumah, SMK BBU, pasukan Uda Rugby, En Suzeli Mahadi dan lain-lain yang terlibat untuk persahabatan yang terjalin hari ini. Untuk TANJUNG RHINOS terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu kita perbaiki untuk mencapai impian yang kita impi-impikan tahun ini. Terus bekerja keras k...

VOC-AR 10's 2011 2nd day

Hari terakhir di SMV Arau dan mudah-mudahan kami akan terus dijemput pada masa-masa akan datang Ahad 30 Jan 2011, Hari terakhir kami di SMV Arau, Perlis. Pagi ini kami bersiap awal seperti biasa. Mengerjakan solat subuh, menikmati sarapan di kantin dan terus bersiap ke padang. Perlawanan pertama pada pagi ini adalah menentang pasukan SEMSAH untuk penentuan cup-plate yang dijadualkan akan berlangsung pada lebih kurang jam 9 pagi. Beberapa orang pemain mengalami kecederaan kecil termasuk stand off kita yang terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik malam tadi. Dengan hanya tinggal seorang pemain di bangku simpanan, keadaan tampak sukar. Dan akhirnya, Tanjung Rhinos gagal dengan jaringan 0-21 di tangan SEMSAH. Perlawanan seterusnya, suku akhir plate menemukan Tanjung Rhinos dengan SMK King Edwards VII. Dan Tanjung Rhinos ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 0-21. Berakhirlah perjuangan Tanjung Rhinos di Perlis.

VOC-AR 10's 2011 1st day

Tanjung Rhinos with their lucky retro shirt on the 1st day I have to write in english because our greatest teacher, Tn Hj Salleh bin Kaimi just lying beside of me.. Alhamdulillah, the weather today was quit beautiful. Sunny and windy. Tanjung Rhinos were very excited to play rugby today. We're on the field since 7.00am waiting for our turn to show our talented.. At the end, today we manage to get the free winning 21-0 with KGV, win at the very closed game with SM Sains Tun Syed Putra by 7-0 and draw with SM Vokasional Arau by 0-0. We are quite happy today. Looking for tomorrow matches and get some rest. Everyone sleep now. Try to get a better result tomorrow. Everything is posible.

VOC-AR 10's 2011

Tanjung Rhinos di Voc-Ar 10's 2011 Duduk dari kiri : Akmal, Lukman, Arif (c), Ridhwan, Haziq Afiqi dan Azwanis Berdiri dari kiri : Norazliamir, Adib, Amin, Fakar, Fatah, Hakim, Kuning, Afizi dan Cikgu Ali Tiada dalam gambar : Ruzilan Kejohanan pemanas badan yang pertama untuk tahun 2011. Kejohanan VOC-AR 10's 2011 yang berlangsung di SM Vokasional Arau dan Uitm Arau. Kejohanan selama dua hari ini menyaksikan sejumlah hampir 40 buah pasukan berkumpul dan bersaing di sini untuk kategori 'school open' dan 'ipt open'. Tanjung Rhinos telah mula bergerak seawal hari khamis, 27 Januari 2011 jam 11 malam. Perjalanan kali ini disertai oleh 15 orang pelajar, 3 orang guru, En Abd Rahman bin Ahmad dan En Mohd Ali Redza bin Yusoff dan Tn Hj Salleh bin Kaimi dan 2 orang pilot, En Md Yusuf bin Md Salleh dan En Mahadzir bin Hj Markom.

Latihan bersama Coach Kudud

Beberapa hari sebelum Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos mengikuti Kejohanan Ragbi Voc-Ar 10s (Arau 10s) yang bakal berlangsung di SM Vokasional Arau pada 29-30 Jan 2011 ini, Tanjung Rhinos telah dikunjungi oleh Coach Kudud (Mohd Rafiuddin) , bekas pemain Tanjung Rhinos tahun 2007-2008, yang kini bermain untuk pasukan Ragbi Politeknik Johor Bahru. Beliau telah meluangkan masa dengan para pemain Tanjung Rhinos pada hari Khamis, 20 Jan dan Ahad, 23 Jan 2011. Beberapa jam bersama beliau terasa begitu berharga. Terima kasih daripada Pasukan Tanjung Rhinos kepada beliau dan selamat maju jaya.  Kudud, Tanjung Rhinos Old boys Pemain Tanjung Rhinos tekun mendengar penerangan coach Kudud

Kenangan KAT 10s di SMV Muar 2010

Barisan Tanjung Rhinos KAT 10s di SMV Muar Dari kiri : Rasydan, Adib, Yus, Haziq kecik, izat, Farid Talib (C), Amat Faat, Akmal, Haziq Shahrudin, Long Tiada dalam gambar : Arif, Kuning, Fizi dan Apek Sepanjang tahun 2010, antara pertandingan yang disertai oleh Tanjung Rhinos ialah menyertai Pertandingan Ragbi KAT 10s 2010 di SMV Muar.Walaupun ianya bukan kenangan yang manis untuk diingati, ekoran kegagalan pasukan Tanjung Rhinos mengekalkan reputasi layak ke separuh akhir dua tahun berturut-turut. Kegagalan ini memang pahit untuk ditelan. Namun itu semua menyebabkan kami semakin bekerja keras dan terus kekal hingga ke saat ini. Pertandingan ini telah menyaksikan pasukan Tanjung Rhinos tewas di tangan pasukan SMV Kota Tinggi dengan keputusan 14-12, dan seterusnya ditunjukkan jalan keluar oleh SMT Johor Bahru dengan keputusan 15-0. Pasukan berjaya melakarkan kemenangan saguhati apabila menewaskan SMV Kluang dengan keputusan 15-0. Pemain-pemain kelihatan sangat kecewa. Banyak perkara...