Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Kenangan terindah 2012

Barisan pemain TR dan Coach Aruna untuk AUCMS 10s 2012  Tahun 2012 merupakan tahun tersibuk untuk pasukan ragbi kami. Penyertaan ke sembilan buah kejohanan dalam tempoh setahun merupakan rekod bilangan penyertaan terbanyak kami semenjak penubuhan pasukan ragbi Tanjung Rhinos pada tahun 2007. Penyertaan kejohanan dalam pelbagai peringkat termasuk bawah 18, bawah 16 dan kategori terbuka membuka mata kami tentang kepelbagaian 'teknik' bermain ragbi. Dan untuk tahun 2012, saya memilih Kejohanan Ragbi AUCMS 10s Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Allianze University Of Medical Sciences pada 23 - 24 Disember 2012. Dengan deretan pasukan terbaik dari seantero Malaysia termasuk Sekolah Sultan Alam Shah, KGV, Semashor, Semsira dan lain-lain pasukan yang kebanyakannya datang dari sekolah 'cluster' ragbi, sekolah-sekolah SBP, sekolah-sekolah sains dan MRSM menjadi saingan di sana sangat kompetetif. Selepas mengharungi hari pertama yang kurang memberansangkan dengan me...

Sesi memanaskan badan (warm-up session)

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. SESI MEMANASKAN BADAN (WARM-UP SESSION) Saya mula memberi tumpuan kepada sesi ini berbanding pendekatan tradisional yang diamalkan sebelum ini - berlari anak beberapa pusingan padang - statik warm-up - tekan tubi - sit-up dan mulakan sesi latihan. Bedasarkan kepada perkongsian menerusi Youtube dan pengamal sukan, saya kini cuba untuk melakukan beberapa perkara seperti berikut : Larian perlahan antara stesyen . Larian ke hadapan - sisi - belakang - sisi. Penekanan kepada aspek komunikasi dimana setiap pemain akan menyebut forward - untuk memulakan larian ke hadapan, side - untuk larian sisi dan backward - larian ke belakang ( pre-warm up ). Warm-up secara dinamik (fokus pada lower body ) Lompat bintang ( Star jump ) - Perkongsian dengan seorang aktivis ragbi, beliau menekankan aspek fizikal dengan meminta pemain ...

IRB/KRM Level 1 Coaching Course di UTM, Skudai

Kredit kepada En Norsyah Bandot (KRC) yang menghantar gambar ini ke media 21-23 Sept 2012, Jumaat-Ahad. Ini merupakan pengalaman kali kedua dalam mengikuti kursus seumpama ini. Namun kursus kali ini lebih besar nilai sijilnya berbanding dengan kursus yang diikuti sebelum ini. Kursus selama 3 hari bersempena Mas - Thai 2012 : 5th Malaysia - Thailand University Games 2012 telah mempertemukan kami dengan tiga orang lagenda dalam bidang kejurulatihan dan kepengadilan ragbi di Malaysia iaitu En Mohd Rat, Cikgu Hamid dan Che Hisyam. Banyak perkara-perkara baru telah dipelajari hasil perkongsian ilmu dari ketiga-tiga 'educator' tersebut. Secara peribadi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Hamid yang telah menjadi pembimbing untuk kumpulan kami kerana sudi menjawab setiap gangguan-gangguan kami. Kalau ada kesempatan, teringin juga untuk sambung ke peringkat yang seterusnya. Gambar asal ; Penulis dan Cikgu Salmezan mewakili KV Tanjung Puteri

Kunjungan mesra Politeknik Premier Ibrahim Sultan

Lawatan yang menghubungkan pihak PIS dengan kami serta satu pengukuhan bahawa mereka di PIS sentiasa komited untuk berkongsi ilmu, kemahiran dan apa sahaja yang mereka miliki dengan dunia luar.  3 pertandingan persahabatan iaitu ragbi, futsal dan bola jaring antara 2 pasukan iaitu PIS dan SMVTP. Berfokus kepada permainan ragbi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi melayan permintaan kami untuk bermain dengan 15 orang walaupun jumlah keseluruhan yang ada hanya 15. Seterusnya sudi bermain untuk 10 sebelah walaupun difahamkan PIS datang untuk perlawanan 7s sebagai persediaan sebelum SUKIPT 2012. Pengalaman bermain bersama kalian adalah sangat bernilai. Insyaallah di lain kesempatan kami giliran kami pula untuk ke sana.

Tanjung Puteri OB ke PIS (Poly Ibrahim Sultan)

Perlawanan persahabatan perasmian - kali pertama di padang ini Penyertaan kali pertama ke kejohanan ragbi paling berskala besar - Combat 10s 2012, penyertaan untuk kategori terbuka. Satu tuning game telah berlangsung dengan team PIS yang turut mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Beberapa perkara menarik sepanjang sesi latihan dan perlawanan persahabatan ini : 1. Kami turut dapat khidmat kejurulatihan dan kepengadilan dari En Rashidie yang selama ini sinonim dengan pasukan SMK Datuk Usman Awang. 2. Tuning game ini turut disertai oleh seorang rakan lama, En Kamarul (x-SMAKJ). Walaupun tubuh masih lagi kecil tapi ternyata sudah semakin berat hehe. 3. Kali pertama Team OB akan bermain untuk kategori terbuka. Sedikit sesi penerangan dari ref panel merangkap jurulatih kami, En Aruna Menyarung jersi TR buat kali pertama - Kamarul dari ADTEC Para OB masih berlari pantas seperti dahulu 

'Brotherhood' dengan anak-anak Dato Jaafar

'Tuning game' sebelum Kajang X 10s 2012 12 Sept 2012, Rabu. Terlalu hampir, tapi bukan mudah bersua. Itu yang dapat saya sifatkan mengenai ragbi Tanjung Puteri dan SDJ (SMK Dato Jaafar, Johor Bahru). Hanya terpisah dengan selorong jalan dan hadangan tembok dengan jarak perjalanan hanya beberapa ela namun bukan mudah untuk kami bermain bersama. Secara pastinya, ini merupakan perlawanan persahabatan kali ke-2 sejak penubuhan pasukan kami (2007). Kesempatan untuk bermain dengan mereka sebelum bertolak ke Kajang merupakan sesuatu yang sangat positif. Saya dimaklumkan bahawa pasukan SDJ sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi saingan pada tahun 2013. Selamat maju jaya SDJ dan senang-senang kita bermain bersama lagi. Perlawanan persahabatan tanpa jersi Cik Aruna memeriksa line out

UDA Rugby Bawah 15 tahun

Tanjung  Rhinos di Stadium BBU yang baru sahaja dibasahi hujan 18 Okt 2012, Khamis. Tuning game untuk team BBU sebelum beberapa siri kejohanan bawah 15, 14 dan 13 yang mereka bakal sertai. Kategori-kategori kejohanan yang kami sentiasa 'kempunan' untuk sertai memandangkan kami cuma memiliki pemain-pemain tingkatan 4 dan 5 sahaja. Saya teruja melihat kesungguhan Cikgu Suzeli yang tabah membangunkan team Ragbi BBU walaupun bukan sikit-sikit cabarannya. Segalanya dari pengurusan pasukan hingga ke pengendalian latihan, semuanya 'one man show'. Apapun, saya merasakan pengorbanan Cikgu Suzeli dan UDA Ruggers pasti akan berbaloi. Good luck UDA untuk semua kejohanan-kejohanan yang bakal disertai. Pemain-pemain ragbi tingkatan 3 yang ingin menukar angin tahun hadapan jemputah ke Kolej Vokasional Tanjung Puteri. Masih tekun mendengar kisah dongeng aku Bersalaman dengan wakil UDA Terbaik Cikgu Suzeli