Skip to main content

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ Pusingan ke-4

Saat-saat untuk menerima kalungan pingat
Akhirnya hati ini teringin kembali untuk menulis di sini selepas beberapa ketika hilang nafsu untuk menulis. Bukanlah tiada perkembangan berkenaan Tanjung Rhinos, tetapi saya berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar dimengerti walau oleh diri sendiri. Pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 kami telah bergerak menuju ke Kluang untuk mengikuti pusingan terakhir sirkit ini walaupun terpaksa melalui laluan yang sedikit berliku ekoran ketiadaan bas yang telah ditempah lebih awal untuk program lain. Maka memecutlah Sang Avanza dan Sang Serena membelah laluan Lebuhraya Utara Selatan dengan muatan yang sarat menuju ke SM Sains Johor, Kluang.

Masih mengekalkan muka-muka yang sama seperti sirkit I dengan penambahan beberapa orang yang baru di kesan, jangkaan kami hari ini tidaklah setinggi melangit. Cukup sekadar menjadi medan untuk pemain-pemain TR bermain dengan sedikit 'improvement'. Itu sudah memadai. hanya layak bermain dalam penentuan bowl dan spoon sahaja selepas berada pada ranking yang terperusuk jauh ekoran keputusan-keputusan perlawanan daripada siri sirkit I - III. Tidak mengapa kerana yang paling utama adalah mengutip PENGALAMAN.

Keputusan perlawanan pada hari ini adalah seperti berikut :

1st Game, MENANG vs SMK Kelapa Sawit, Kulai (14-0)
Suku Akhir Bowl / Spoon

2nd Game, MENANG vs SMK Ungku Husin, Mersing (15-0)
Serius, mereka (SMUH) lebih baik berbanding kami. Cuma tuah sedikit menyebelahi kami. Masih teruja melihat Jerry melakukan drop kick selepas mengutip bola dari ruck sejurus selepas hon dibunyikan. Keputusan yang tepat dan penamat yang cukup baik.

3rd Game, Final bertemu SMK Bandar Baru Uda. Team Cgu Suzeli yang biasa mengatur perlawanan persahabatan dengan kami. Akhirnya kami TEWAS dengan mata 5-0. Mereka memang lebih berhak dan bermain lebih baik berbanding kami. Terpaksa menerima hakikat, 'try under post' dari Black dibatalkan ekoran kesilapan kami yang melakukan kesilapan. Perlu belajar sesuatu dari peristiwa ini.

Pencapaian Tempat ke-2, Kategori Bowl cukup membanggakan saya walaupun sesetengah dari kami meratapi keberadaan ditempat kedua tersebut. Masih segar dalam ingatan, ketika mesyuarat sirkit yang pertama berlangsung dengan objektif ingin menentukan tarikh sirkit I-IV, kami TR masih lagi belum menerima pelajar tingkatan 4. Saat saya menyatakan persetujuan untuk turut serta, pelajar-pelajar tingkatan 4 masih lagi belum mendaftar. Pasukan hanya mempunyai 2 minggu sahaja untuk mempersiapkan segala-galanya menjelang sirkit yang pertama. Namun, di penghujungnya, kami dapat juga mencapai sesuatu. Syukur atas izin-NYA.

Brotherhood comes first, and win comes later..

Unity trought sport
Black (c) mengetuai pemain-pemain lain untuk menerima kalungan pingat
Coach Aruna bersama barisan pemain-pemain simpanan
Aksi menentang pasukan SMK BBU
Caoach Aruna dan beberapa orang rakan yang sedia berkhidmat 

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012

Barisan pejuang TR di Kejohanan Ragbi MSSD JB 2012 Berdiri (dari kiri) : Zaki, Abot (c), Capang, Beto, Affiz, Amin (vc), Harziq, Naqib dan Fauzan Ditengah (dari kiri) :Farhan, Amin, Jerry, Fikri, Syahrul dan Lutfi Duduk (dari kiri) : Abang, Haiqal, Afizul, Mus, Kecik, Adik, Athari, Afif dan Izzat Tiada dalam gambar : Syah Roswandi 3-6 April 2012, Selasa-Jumaat. Kejohanan yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru terpaksa bertukar 'venue' ke SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 buah sekolah untuk mengambil bahagian dan merupakan penyertaan terbesar setakat ini. Pasukan TR telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan jiran SDJ (Sekolah Menengah Dato' Jaafar) dan SDARY (SMK Dato Abdul Rahman Yasin). Berikut merupakan keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan TR sepanjang kejohanan berlangsung : TR vs SDJ Menang 31-7 (Peringkat Kumpulan) ...