Skip to main content

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Negeri Johor Pusingan Ke-3

Terlalu tinggi dan sukar ditandingi
Hampir terlupa untuk menulis tentang kejohanan ragbi ini kerana sibuk dengan tugas-tugas yang lain. Kehadiran Johor Rugby Carnival yang bakal berlangsung hujung minggu ini (23-24 Jun 2012) membugarkan kembali semangat untuk mencoretkan sesuatu disini. Pasukan TR Bawah 16 Tahun telah mengikuti 1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ 2012 Pusingan ke-3 yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 April 2012 di SMK Pasir Gudang 3. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan TR adalah seperti berikut :

  • TR vs SMK Laksamana Menang 14-0
  • TR vs SMK Pasir Gudang 2 Seri 0-0
  • TR vs SMK Bandar Penawar Kalah 7-12
  • TR vs TSNI Hobbit Kalah 26-0
Saat terbaik hari ini ialah apabila TR berjaya menghasilkan 1 try apabila bertemu Bandar Penawar Pirates menerusi gerakan menarik daripada Izzat dan disudahkan oleh Haikal menerusi larian bertenaganya. Try tersebut sekurang-kurangnya berjaya mengekang hajat mereka untuk menang besar dan mengekalkan rekod bersih pertahanan mereka. Sekadar mencatat keputusan satu kemenangan, satu seri dan dua kekalahan, permainan mereka tetap dianggap memberansangkan dan menunjukkan kematangan yang sangat baik.

Sekiranya kami dapat mengekalkan kerja kuat kami, semangat sepasukan dan attitude yang positif, tidak mustahil pasukan ini akan mampu mencatatkan sesuatu nanti. Sekadar berkongsi sebaris kata-kata keramat  "Sekali kami rebah, berjuta kali kami akan bangkit semula". Tamat.

Tetap positif sekalipun selepas 'dilanyak' TSNI
Menjalani pemeriksaan rutin sebelum memulakan perlawanan
Kick Off dari Fly Half berbakat besar - Haikal

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...