Skip to main content

Perlawanan Persahabatan tradisi vs PDRM JB

Kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan permainan
16 Mei 2012, Rabu. Tanjung Rhinos terus menjadi tumpuan apabila menjadi pilihan buat Pasukan Ragbi PDRM Johor Bahru untuk kembali mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan kali kedua melibatkan kedua-dua pasukan ini telah diadakan di Padang Ragbi MSAB bermula sekitar jam 5.00 petang dengan format 15 sepasukan. Tanpa sebarang persiapan yang rapi memandangkan Pasukan TR sedang berada pada fasa berehat, permainan hari ini tetap berlangsung menarik dan kompetetif.

Pasukan TR berjaya menghasilkan 2 try awal melalui larian deras daripada backline. Ketinggalan 2 try menjadikan mereka semakin bersemangat untuk kembali mengemudi permainan dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan 3 try menerusi rempuhan-rempuhan menarik daripada forward mereka yang nyata lebih besar berbanding kami. Walaupun tewas kami telah memperolehi sesuatu yang baru terutamanya dalam aspek membina keyakinan dan keberanian apabila berhadapan dengan lawan yang lebih besar dan matang. Kami berharap agar perlawanan persahabatan antara kedua-dua pasukan ini akan terus terjalin.

Tamat perlawanan dengan keputusan PDRMJB 15-10 TR
Pemain-pemain TR (termasuk Cikgu Salmezan) selepas mempamerkan asli petang ini

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...