Skip to main content

Friendly : Tanjung Rhinos vs EC

Sebahagian pemain yang mengikuti friendly petang ini
16 Feb 2012, Khamis. Tanjung Rhinos meneruskan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan ragbi  dengan English College, sekolah 'cluster' ragbi apabila sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sepasukan. Perlawanan pada petang ini berlangsung di Padang Ragbi Dataran Bandaraya Johor Bahru berlatar belakangkan jam gergasi dan Hotel Thistle menjadikan perlawanan petang ini berbeza berbanding perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini.

Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur kemampuan pemain-pemain TR ini berlangsung dalam cuaca yang sangat baik. Kesemua pemain dapat memberikan komitmen yang terbaik dan yang paling utama, kami turut belajar sesuatu yang baru daripada pertemuan dengan pasukan gergasi selatan ini. Perlawanan petang ini juga pasti menjadi antara perlawanan yang paling diingati oleh keseluruhan pasukan TR dan akan memberi suntikan motivasi terbaik kepada kami untuk berusaha lebih kuat lagi. Tahniah kepada semua pemain TR yang terlibat dan semoga lebih maju lagi dilain masa.

pemandangan sekitar Padang Ragbi Dataran Johor Bahru
Pasukan kedua yang turut membariskan pemain-pemain junior
Kick Off sempurna dari stand off EC
Orang-orang kuat Pasukan Ragbi EC
berkongsi perkataan 'Rhino'

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...