Skip to main content

Bermula kembali : Tanjung Rhinos vs UDA Rugby

Solat berjemaah bersama sebelum perlawanan
Tanjung Rhinos kembali melakukan segala-galanya selepas pulang dari Arau, Perlis. Kembali ke padang untuk berlari, berlatih dan segala-galanya berkaitan ragbi. Juga kembali mengatur perlawanan-perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan TR yang pertama untuk tahun 2012 ini disifatkan sebagai mengukuhkan hubungan 'ragbi' antara Pasukan UDA Rugby dan Tanjung Rhinos, yang sudah mula mengadakan siri perlawanan persahabatan semenjak tahun 2010 lagi.

Perlawanan persahabatan 2/2/2012 ini kami jadikan medan untuk memberi perasaan sebenar kepada pemain-pemain ragbi tingkatan 4 yang kebanyakan baru menjinakkan diri dalam dunia sukan ragbi. Ruang ini juga menjadi platform utama untuk barisan kejurulatihan memilih pemain yang akan mengharungi cabaran 'Kejohanan Ragbi Sirkit Pembangunan Bawah 16 Tahun Negeri Johor'. Disamping mengukur kemampuan sebenar pasukan utama TR yang baru pulang dari Kejohanan Ragbi Voc-Ar 2012.

Pandangan peribadi untuk pemain-pemain TR tahun ini - berdisiplin - sedia bekerja keras - berkomitmen tinggi - dan faham erti bermain untuk TR dan SM Vokasional Tanjung Puteri. Kami mengesan - banyak perkara positif, kelemahan yang perlu di atasi dengan latihan 'ansur maju' yang sistematik dan beberapa masalah yang ada jalan penyelesaiannya - hanya kami belum jumpa sahaja :). Kesimpulan untuk petang ini adalah "Two Thumps Up Guys!".

Sepak mula oleh Tanjung Rhinos
Scrum di kawasan tengah padang
Sebahagian penyokong yang hadir memeriahkan perlawanan persahabatan petang  ini
Cikgu Suzeli orang kuat Uda Rugby

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...