Skip to main content

Cabaran bermula KATV 2011

Tanjung Rhinos di KATV Kuantan 2011
Duduk dari kiri : Azliamir, Adib, Arif (c), Daus, Fakar, Fatah, Afizul dan Harziq
Diri dari kiri : Redwan, Akmal, Luqman, Kuning, Nazirul, Haziq, Azli, Afizi, Azwanis dan Naqib
10 Jun 2011, Jumaat. Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya menjengah jua. Kejohanan Ragbi KATV Kebangsaan bakal memulakan sepak mulanya hari ini. Pemain-pemain menunjukkan reaksi yang baik dan bersedia untuk menampilkan permainan terbaik. Dijadualkan untuk bermain sebanyak 3 perlawanan hari ini iaitu menentang Zon Kedah/Perlis (SMV Arau), Zon Sarawak (SMV Sijingkat) dan Zon Perak (SMV Kuala Kangsar). Berikut merupakan keputusan untuk saingan peringkat kumpulan :
  • Tanjung Rhinos vs SMV Arau Menang 19-5
  • Tanjung Rhinos vs SMV Sijingkat Menang 17-12
  • Tanjung Rhinos vs SMV Kuala Kangsar Kalah 24-5
  • Tanjung Rhinos vs SMV Butterworth Seri 5-5
Keputusan-keputusan tersebut meletakkan Tanjung Rhinos di tangga ke-2 kumpulan B di belakang pasukan SMV Kuala Kangsar dan akan bermain untuk penentuan tempat ke-3/4 menentang naib johan kumpulan B iaitu Pasukan SMV Ampangan, naib johan edisi tahun 2010. Keputusan-keputusan tersebut juga sekurang-kurangnya memberi pengenalan yang agak baik dalam memperkenalkan nama SM Vokasional Tanjung Puteri yang pertama kali berpeluang mewakili Zon Johor untuk edisi kali ini. Untuk rekod, Pasukan Ragbi SM Vokasional Segamat dan SM Vokasional Muar telah mewakili Zon Johor masing-masing sebanyak 2 kali untuk 4 edisi sebelum ini. Semoga Tanjung Rhinos mampu lebih menyinar lagi nanti.

Cikgu Ali Redza turut hadir untuk memberi semangat kepada kontinjen Johor
Pertemuan kali ke-2 dengan SMV Arau untuk tahun 2011 selepas pertemuan di Voc-Ar Open 2011
Akmal sentiasa mempamerkan aksi terbaik ketika menentang wakil Zon Sarawak
"Dengan sedikit tuah, kami berjaya berjaya mengatasi mereka"
Detik-detik cemas sepanjang perlawanan
Menjunjung nama SMV TANJUNG PUTERI
Kali pertama SMV Tanjung Puteri ke KATV Kebangsaan
Winger tambatan Tanjung Rhinos, Fatah
Wakil dari Zon Sarawak, SMT Sijingkat memanaskan badan



Penampilan sulung jersi Playmore baru Tanjung Rhinos

Comments

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Persahabatan dengan English College Johor bahru (MSAB)

Mengabadikan kenangan Perlawanan persahabatan SMVTP - EC kali ke-2 2011 14 Sept 2011, Rabu. Perlawanan persahabatan pertama untuk pemain-pemain ragbi SMVTP 2011/2012 dan perlawanan persahabatan kali ke-2 dengan Maktab Sultan Abu Bakar. Kembali semula untuk membina pasukan yang baru. Pemain-pemain baru mula berlatih dan diberi kepercayaan untuk menyarung jersi kebanggaan SM Vokasional Tanjung Puteri. 18 orang pemain telah dipilih untuk perlawanan persahabatan pada petang ini. Dengan jumlah pemain yang baru pertama kali bermain untuk perlawanan kompetetif buat kali pertama, kami tidak meletakkan sebarang harapan yang tinggi petang ini. Tujuan utama hanyalah sekadar memberi pendedahan awal kepada mereka. Beberapa perlawanan persahabatan dan 'tournament' akan kami sertai untuk membina pasukan yang lebih baik. Perlawanan pada petang ini dimenangi oleh MSAB tetapi kami berjaya memenuhi objektif kami. Perlawanan terpaksa diberhentikan sejurus kedatangan hujan yang semakin lebat. ...