Skip to main content

Pertandingan Ragbi KAT Johor edisi 2011 hari Kedua

Tanjung Rhinos bersiap sedia untuk menghadapi cabaran pada hari ke-2
29 April 2011, Jumaat. Hari yang indah telah bermula. Cuaca yang redup ditambah dengan tiupan angin yang agak kuat serta keadaan padang yang masih sedikit basah memang sangat membantu pemain-pemain untuk mempamerkan aksi terbaik masing-masing. Tanjung Rhinos dijadualkan untuk bermain pada perlawanan ketiga menentang pasukan SMV Muar. Debaran semakin memuncak sebaik masa perlawanan semakin dekat. Para pemain melakukan latihan memanaskan badan dengan kadar sebaik mungkin termasuk untuk tujuan cuba menghilangkan debaran yang kian memuncak. Beberapa perlawanan dijadualkan akan berlangsung hari ini, dengan perlawanan semi final, penentuan 3/4 dan final akan berlangsung disebelah petang.

Sebelah pagi, perlawanan peringkat kumpulan yang kedua iaitu menentang pasukan SMV Muar. Mereka mengejutkan kami dengan mendapatkan 'try' yang pertama sebelum Tanjung Rhinos kembali mendahului dengan 'try' daripada Nazirul (2 try), Adib dan Azli. Dengan kesemua 'convertion kick' sempurna oleh Afizi dan Fakar menjadikan keputusan akhir 28-7. Muncul sebagai johan kumpulan dan akan menentang naib johan dari kumpulan B. Naib johan kumpulan B hanya akan dapat diketahui selepas pertandingan terakhir peringkat kumpulan B.

Bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi
Cikgu Fadli mengadili perlawanan melibatkan Tanjung Rhinos buat kesekian kalinya
Tanjung Rhinos berjersi hitam menentang SMV Muar berjersi kuning
Nazirul cuba untuk menghalang pergerakan lawan
Convertion kick dari Afizi

Pukul 4 petang, semi final pertama, Tanjung Rhinos menentang pasukan jiran, SMT Johor Bahru. Perlawanan bermula dengan baik. Insiden di awal-awal permainan mengakibatkan Afizi terpaksa dibawa keluar nyata tidak memadamkan semangat Tanjung Rhinos dan mudah mengatasi cabaran SMT Johor Bahru dengan jumlah mata 27-0. 'Try' Tanjung Rhinos telah disumbangkan oleh Norazli Amir, Ridhwan, Fakar ('try' ala-ala All Black), Fatah dan juga dari Norazli Amir sekali lagi. Kekurangan pemain akibat Nazirul menerima kad kuning kerana melakukan 'hand off' yang tidak sah turut tidak memberikan ruang kepada SMT Johor Bahru untuk mendapatkan sebarang mata. Syukur, layak ke final buat kali pertama. Juga boleh rujuk http://badrulidham.blogspot.com/2011/05/kat-segamat-2011.html untuk info versi berbahasa inggeris.

Afizi terpaksa dibawa keluar diminit-minit awal permainan
Semi final antara Tanjung Rhinos menentang SMT Johor Bahru
Serangan awal dari SMT Johor Bahru
Detik-detik sebelum Fakar berjaya melakukan 'try' ke-3
SMT Johor Bahru menunjukkan konsistensi apabila meraih tempat ke-4 untuk 2 tahun berturut-turut
Semi Final ke-2 menyaksikan pasukan tuan rumah, SMV Segamat mudah membenam cabaran SMV Muar dengan kemenangan 25-7. Final KAT edisi 2011 menemukan pasukan pilihan dan tuan rumah, SMV Segamat menentang Tanjung Rhinos.

Comments

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...