Skip to main content

Our Rugby Project is DONE

Piala Pusingan Ragbi Zon Johor akhirnya singgah di SMVTP
Misi 2011 yang mula dizahirkan pada pertengahan 2010


"Suatu masa, sewaktu kami mula berkira-kira untuk muncul sebagai pesaing utama dalam Kejohanan Antara Teknik / Vokasional (KATV) segalanya nampak seperti terlalu mustahil. Hari demi hari yang berlalu kami isi dengan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan mutu pasukan ragbi kami, Tanjung Rhinos. Selepas setahun berlalu akhirnya impian kami tercapai. Kami sah menjadi johan untuk Kejohanan Antara Teknik / Vokasional 2011 yang berlangsung di SMV Segamat. Pencapaian sepanjang zaman yang cukup manis bagi kami. Tugas kami seterusnya, ialah untuk memastikan Tanjung Rhinos sentiasa menjadi pesaing utama dalam kejohanan ini.Tahniah buat semua jurulatih dan pemain-pemain yang sentiasa berusaha keras untuk memberikan dan menjadi yang terbaik. Kami menyanjung tinggi semangat juang anda. Semoga terus membara di Kuantan nanti."

Mengabadikan kenangan selepas menerima kalungan dari Tuan Pengetua, En Zainuzzaman bin Mohd Salleh
Usaha kami selama ini akhirnya membuahkan hasil
'Orang kuat' sukan SM Vokasional Tanjung Puteri
Satria-satria Tanjung Puteri 2011 
Nazirul turut dipilih sebagai pemain terbaik dan penyumbang 'try' terbanyak kejohanan
Cikgu Salmezan memperagakan semua piala dan medal yang dimenangi


Comments

  1. Syabas!! Tanjung Rhinos is awesome.... Tahniah kepada pencetus idea untuk menubuhkan pasukan ragbi SMVTP kerana berani meletakan matlamat yang tinggi yg agak sukar dicapai oleh orang lain tanpa pengalaman serta perancangan yang baik.. Tidak lupa juga kepada jurulatih2 yang telah bertungkus lumus bagi memastikan mental dan fizikal para pemain berada dalam keaadan baik... yang paling penting adalah dari pemain2 itu sendiri kerana memberi kerjasama yang baik dalam mengejar misi serta visi yang telah ditetapkan... harap para pemain tidak akan lupa untuk datang kembali ke sekolah untuk memberi tunjuk ajar serta memberi semangat kepada pelapis2 baru... sekian... zahril...

    ReplyDelete
  2. Tkasih Zahril.. Kami mohon doa anda mengiringi pemergian kami ke KAT kebangsaan di Kuantan nnti.. Insyaallah, pemain2 skrg ini tidak hanya akan sekadar meninggalkan memori, mereka akan tinggalkan satu legasi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Selamat datang kembali

Batch 2011, 2012 dan 2013 yang berkesempatan datang baru-baru ini Kami berbangga dan mengalu-alukan kedatangan anda kembali ke sini. Ini tempat anda dan kita selalu sama-sama di sini sedikit masa dahulu. Kenangan sudah pasti ada tidak kira apa warnanya. Masa terus berlalu seiring anda pergi tetapi segala memori akan terus kekal. Wajah yang menginspirasikan pelbagai kejayaan batch 2010-2011 Terima kasih Kudud (Batch 2009) antara OB yang terawal sudi berkongsi pengetahuan dengan pelajar-pelajar. Kini ramai yang mengikuti jejak anda. Abd Rahman Ahmad 5/10/2015 Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

#tanjungrhinos SELEPAS 8 TAHUN

PAIN IS TEMPORARY, GLORY IS FOREVER (2007-2015) Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri Sekolah Menengah Vokasional Tanjung Puteri Kolej Vokasional Tanjung Puteri 3 kali bertukar nama untuk tempoh tersebut dan mungkin akan bertukar lagi sedikit masa lagi. Pemain-pemainnya juga bersilih ganti memandangkan pelajar kami cuma ada tingkatan 4 dan 5 sehingga 2013. Waktu itu, setiap tahun tukar pemain. Baru nak main dah habis sekolah. Cuma sekarang ini pelajar-pelajar dah stay lama sedikit. Masuk KV start umur 16 sampai habis belajar umur 19 tahun. Lama la sedikit berbanding dulu.  Berikut merupakan pencapaian kami untuk 3 kejohanan yang memang biasanya kami sertai iaitu MSSD JB, Intertech 10's (Kejohanan Antara Teknik) 2007-2013 selepas itu tukar nama tournament dan format permainan, menjadi Voktek 7s, untuk peringkat zon Johor dan Malaysia. MSSD JB 15s Inter Tech 10s & Votek 7s Johor Inter Tech 10s & Votek 7s Kebangsaan 2...