|
Proud to be TANJUNG RHINOs
Duduk dari kiri : Azwanis, Nazirul, Adib, Kecik, Hasmadi, Harziq, Firdaus, Pisang, Afizi (pack-leader)
Diri dari kiri : Shukri, Fakar, Zul, Ariff (captain), Haziq, Naqib, Ridhwan, Rasydan, Affiz, Bobby, Akmal, Azli, Lokman, Fauzan, Fatah, Cgu Salmezan
Tiada dalam gambar : Cgu Khairee, Cgu Rahman dan Aminullah |
15 April 2011, Jumaat. Final Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011 menemukan Pasukan MSAB dengan TANJUNG RHINOs. Hanya beberapa minit selepas permainan, EC telah berjaya mendapatkan try. TANJUNG RHINOS memberi reaksi yang positif apabila Afizi berjaya menyempurnakan penalty goal untuk menjadikan kedudukan mata 5-3. Kedudukan ini hanya kekal beberapa ketika sebelum mereka menambah 4 try lagi di separuh masa yang pertama. Separuh masa kedua, try demi try telah dilakukan oleh mereka dan menjadikan keputusan akhir, EC membenam Tanjung Rhinos dengan pungutan mata 69-3. Kekalahan Tanjung Rhinos yang cukup besar kepada pasukan yang jauh lebih baik, kalah di tangan yang terbaik.
Kekalahan itu sebenarnya hanyalah dari aspek pungutan mata. Terlalu banyak 'kemenangan' yang telah dan akan kami kutip. Menentang Pasukan EC, Johan tradisi bagi daerah Johor Bahru, pencabar utama bagi MSS Johor dan diwakili oleh sejumlah besar pemain yang telah beraksi mewakili Johor Tahun lepas, sudah tentu membantu kami dari aspek permainan, disiplin permainan, taktikal dan mental. Pengalaman ini sangat berguna memandangkan Kejohanan Antara Teknik (KAT) hanya berbaki lagi beberapa hari sebelum sepak mula. Kelemahan-kelemahan dapat dikenalpasti. Antara perkara yang perlu dititik beratkan ialah kecergasan. Tanjung Rhinos hanya mampu mengimbangi permainan EC sekitar 15 minit yang pertama. Dengan deretan pemain yang tercedera, itu membuktikan kita perlu meningkatkan aspek kecergasan dengan lebih serius dan pesat.
Kelemahan-kelemahan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang perlu kita sesali. Sebaliknya sesuatu yang perlu disedari dan kita perlu bekerja untuk mengatasi kelemahan-kelemahan itu. Menjuarai KAT 2011 adalah sasaran utama projek Ragbi Tanjung Rhinos 2011. Mengatasi kelemahan-kelemahan kita bermaksud kita akan semakin menghampiri kejuaraan yang kita idam-idamkan. Apapun, tahniah buat semua jurulatih dan pemain Tanjung Rhinos, kita telah beroleh kemenangan BONUS yang pertama, muncul naib johan, Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru U18 tahun 2011 ini. Keringat yang kita tumpahkan sejak sekian lama, kini mula membuahkan hasil. Teruskan perjuangan kita, terus mara TANJUNG RHINOs.
Keputusan akhir Kejohanan Ragbi MSSD JB 2011 :
- Maktab Sultan Abu Bakar
- SM Vokasional Tanjung Puteri
- SMK Bandar Baru Uda
- SMK Tun Syed Nasir Ismail
|
line up TANJUNG RHINOS vs ENGLISH COLLEGE
SUB : Lokman, Affiz, Bobby, Fauzan, Amin, Firdaus, Harziq, Kecik, Azli dan Hasmadi |
|
Tanjung Rhinos terus diasak dan dipaksa untuk bertahan |
|
Antara gerakan-gerakan yang turut mencemaskan pertahanan EC |
|
Memulihkan semangat sejurus selepas separuh masa pertama tamat |
|
Kecederaan lama kembali menghantui Akmal |
|
Shukri turut mengalami kecederaan ringan |
|
Barisan penyokong kuat Tanjung Rhinos yang turut hadir memberikan sokongan
Dari kiri : En Zamani dan Pn Rozana (penjaga), En Zainuzzaman b Mohd Salleh (pengetua) dan Tn Hj Salleh b Kaimi (Mahaguru SMVTP) |
|
Kick Off dari pemain berbakat besar, Adib |
|
Sejurus sebelum berlangsungnya upacara penyampaian hadiah |
|
Kapten Tanjung Rhinos, Arif Isbani menerima sijil penyertaan dari pihak penganjur |
|
Johan kejohanan, Maktab Sultan Abu Bakar |
|
Pasukan di tempat ke-3, SMK Bandar Baru Uda |
|
SMK Tun Syed Nasir, pasukan ditempat ke-4 |
Comments
Post a Comment