|
Line up TANJUNG RHINOs vs BBU
SUB : Adan, Affiz, Firdaus, Harziq, Bobby, Azli, Hasmadi, Kecik, Amin dan Fauzan |
14 April 2011, Khamis. TANJUNG RHINOs membuat kejutan dengan melangkah ke peringkat semi final. Diundi untuk bermain dengan naib johan kumpulan A, SMK Bandar Baru Uda. Sesi memanaskan badan dimulakan selepas kami tiba di SSI ketika berlangsungnya semi final pertama antara EC dan SMKTSNI. Cuaca yang pada awalnya cerah berubah menjadi hujan lebat. Mungkin hujan rahmat buat kami. Hujan yang diselangi dengan pancaran kilat dan dentuman guruh menjadikan perlawanan antara Tanjung Rhinos dan BBU ditangguhkan buat seketika. Pemain-pemain dari kedua-dua pasukan mengambil peluang tersebut untuk menenangkan diri sebelum masuk ke padang.
Pertandingan dimulakan dengan Tanjung Rhinos membuat sepak mula. Tekanan telah diberikan pada awal-awal permainan dan hasilnya berjaya menghasilkan 'try' menerusi percubaan menarik oleh scrum half Tanjung Rhinos, Adib. Sejurus selepas itu pengadil memanggil kapten kedua-dua pasukan dan akhirnya bersetuju supaya perlawanan kembali ditangguhkan berikutan keadaan hujan yang semakin lebat. Kesempatan ini perlu digunakan sebaiknya berikutan permainan dijalankan dalam keadaan hujan dan sejuk. Pemain-pemain perlu kekal panas untuk terus mengekalkan momentum bagi mengisi slot final yang kedua.
Perlawanan bersambung dengan Tanjung Rhinos mendahului BBU dengan mata 5-0. Meneruskan momentum akhirnya Tanjung Rhinos berjaya mendapatkan 2 lagi try diseparuh masa pertama menerusi Fatah, sepakan conversation dan satu penalty goal yang keduanya disempurnakan oleh Afizi. Kedudukan tersebut kekal sehingga habis separuh masa yang pertama. Tanjung Rhinos mendahului dengan mata 20-0. Bermula separuh masa kedua, pemain memulakan permainan. Tapi kelihatannya, permainan yang ditunjukkan tidak sebaik dan sekemas separuh masa pertama. Azliamir turut di 'sin bin' kan kerana melakukan tackle terhadap pemain yang tidak memiliki bola, memaksa Tanjung Rhinos bermain dengan 14 orang.
Tanjung Rhinos tidak melakukan sebarang pertukaran hari ini. Sengaja menguji kecergasan pemain untuk bermain selama 50 minit. Pungutan mata tersebut kekal hingga ke akhirnya dan mengesahkan Tanjung Rhinos akan ke final esok menentang pasukan EC. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah pemain dan jurulatih Tanjung Rhinos. Menewaskan BBU 20-0 jelas memadai bagi kami untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Satu pencapaian yang sebenarnya sudah melangkaui kemampuan. Esok, berbekalkan semangat membara kami akan turun melayan saingan EC yang sememangnya sebuah pasukan yang terlalu jauh kualitinya berbanding pasukan kecil seperti kami. Secara statistiknya, mereka memang wajar menang tetapi kami berharap ada keajaiban yang akan berlaku esok.
Comments
Post a Comment