Skip to main content

Ragbi MSSD Johor Bahru U18 2011, Hari Kedua

Line up TANJUNG RHINOs vs Perling Dragon
SUB : Haziq, Bobby, Kecik F5, Firdaus, Azli, Hasmadi, Fauzan, Amin, Harziq dan Akmal
13 April 2011, Rabu. Hari kedua menyaksikan petembungan antara TANJUNG RHINOs vs Perling Dragon (SMKDUA). Perlawanan pembukaan pada hari ini. Perlawanan yang bakal menentukan samada Tanjung Rhinos akan mara ke pusingan seterusnya dan mencipta sejarah layak ke pusingan seterusnya buat kali pertama sejak penubuhan pasukan ragbi SMVTP atau sekali lagi sekadar menambah kemeriahan dan jumlah pasukan bertanding untuk Ragbi MSSD Johor Bahru. Untuk rekod, Pasukan Ragbi SMVTP mula ditubuhkan pada tahun 2007 dan mula mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru pada tahun 2008 dan tidak pernah melepasi saingan peringkat sekolah sebelum ini

Tekanan mula dirasai sebaik sahaja kami sampai di SSI. Para pemain mengikuti sesi memanaskan badan seperti biasa dan berkumpul untuk mendengar taklimat atau 'gameplan' sebelum memulakan perlawanan. Pengadil bertugas ialah En Anis (EC). Sekitar jam 8.50 pagi kedua-dua pasukan masuk ke padang dan pertarungan pun bermula. Tanjung Rhinos mula mengawal permainan dengan baik sebaik saja perlawanan dimulakan, dengan sediit perubahan di bahagian back line. Menerusi gerakan forward, Pasukan Tanjung Rhinos mendahului dengan 1 try dan afizi telah menyempurnakan convertion kick dari sudut yang sukar dengan baik. Dan tidak menunggu lama, Tanjung Rhinos telah menambah jumlah pungutan mata hasildari penalty goal yang turut disempurnakan oleh Afizi.

Permainan bersambung dengan Tanjung Rhinos mendahului dengan jumlah pungutan mata 10-0. Bertitik tolak dari saat itu, Perling Dragon telah melakukan lebih banyak asakan terutamanya dari barisan forward mereka dan beberapa kali berjaya mencemaskan benteng pertahanan Tanjung Rhinos. Tekanan demi tekanan menjadikan Tanjung Rhinos kian tenggelam. Permainan semakin teruk dengan penguasaan bola lebih banyak berlegar di tangan Perling Dragon. Separuh masa kedua, menonjolkan lagi penguasaan mereka. Serangan demi serangan yang dilakukan akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalty try. Perling Dragon berjaya menyempurnakan penalty try tersebut menjadikan jumlah jaringan 10-7. Keadaan bertambah buruk apabila Nazirul menerima kad kuning dan menerima hukuman sin bin serta kecedaraan Amin memaksa beliau untuk terus keluar meninggalkan padang dengan meninggalkan hanya 13 pemain di atas padang.

Namun dengan kesungguhan dan perahan keringat, ahirnya pengutan maa tersebut berjaya dikekalkan hingga akhirnya. Tanjung Rhinos memang diakui gagal bermain dengan baik pada hari ini, tetapi kejayaan 10-7 ini sudah cukup manis bagi kami. Tanjung Rhinos, untuk edisi kali ini, berjaya melangkah ke pusingan seterusnya buat kali pertama. Mencatat sejarah yang cukup manis buat Tanjung Rhinos dan meletakkan satu bench mark yang lebih tinggi. Apapun, perjuangan kami untuk kejohanan edisi kali ini masih belum selesai dan akan diteruskan lagi pada hari esok dengan dijadualkan akan menentang johan atau naib johan kumpulan A bedasarkan kepada undian yang akan dijalankan pada pagi esok. Semoga esok segalanya lebih indah. Tahniah Tanjung Rhinos dan selamat berjuang.

TANJUNG RHINOs diberi saingan yang sengit oleh Perling Dragon
Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung
Bersatu TANJUNG RHINOs menjulang nama SMVTP
Permainan dimulakan dengan TANJUNG RHINOs membuat kick off

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek DIY Scrum Machine

Cikgu Khairee memberikan sentuhan terakhir untuk menyiapkan projek scrum machine Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan untuk memberi kemudahan kepada pelajar mengikuti latihan dengan lebih baik. Cikgu Khairee telah memulakan projek Scrum machine pada penghujung tahun 2010 dan kini sudah 90% siap. Terima kasih tidak terhingga atas kerja keras beliau. Semoga kemudahan-kemudahan ini diharap menjadikan para pemain Tanjung Rhinos lebih berusaha keras untuk mendapat kejayaan yang lebih besar tahun 2011 ini..

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

Ragbi MSSD Johor Bahru Bawah 18 Tahun 2012

Barisan pejuang TR di Kejohanan Ragbi MSSD JB 2012 Berdiri (dari kiri) : Zaki, Abot (c), Capang, Beto, Affiz, Amin (vc), Harziq, Naqib dan Fauzan Ditengah (dari kiri) :Farhan, Amin, Jerry, Fikri, Syahrul dan Lutfi Duduk (dari kiri) : Abang, Haiqal, Afizul, Mus, Kecik, Adik, Athari, Afif dan Izzat Tiada dalam gambar : Syah Roswandi 3-6 April 2012, Selasa-Jumaat. Kejohanan yang pada awalnya dijadualkan akan berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru terpaksa bertukar 'venue' ke SMK Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Kejohanan ini telah berjaya menghimpunkan sejumlah 12 buah sekolah untuk mengambil bahagian dan merupakan penyertaan terbesar setakat ini. Pasukan TR telah diletakkan dalam kumpulan B bersama-sama dengan pasukan jiran SDJ (Sekolah Menengah Dato' Jaafar) dan SDARY (SMK Dato Abdul Rahman Yasin). Berikut merupakan keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan Pasukan TR sepanjang kejohanan berlangsung : TR vs SDJ Menang 31-7 (Peringkat Kumpulan) ...