Skip to main content

Posts

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

'Kito monang' Karnival Voktek 10s Zon Johor 2013

Meraikan kejayaan muncul johan Karnival Voktek kali ke-2  Kejohanan Ragbi Voctech 10s 2013 (Intertech) telah berlangsung di SM Sains Johor dan High School Kluang pada 26-27 April 2013. Kluang Rugby Club menerusi wakil mereka, En Bandot telah menjadi tulang belakang dalam menjayakan kejohanan kali ini. Pasukan TR telah diletakkan di dalam kumpulan B bersama pasukan KV Batu Pahat dan TiJB. Berikut merupakan keputusan melibatkan pasukan TR : Hari Pertama : TR vs KV Batu Pahat Menang 51-5  Seingat saya, ini merupakan rekod jaringan terbesar bagi kejohanan ini semenjak penganjuran kali pertama pada tahun 2007 dan secara pasti, jumlah skor ini merupakan rekod jaringan terbesar untuk pasukan TR sepanjang penyertaan ke kejohanan ini. Sejumlah 9 try telah berjaya dihasilkan dengan 3 convertion kick berjaya disempurnakan. Suatu permulaan yang baik untuk pasukan. TR vs TiJB Menang 15-5 Permainan berkualiti telah ditunjukkan oleh TiJB yang memiliki barisan pemain ya...

Johor Rugby Carnival 2013

Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kesatuan Ragbi Johor (JRU) sekali lagi akan menganjurkan Johor Rugby Carnival 2013 pada : Tarikh   : 22-23 Jun 2013 Tempat : Dataran Bandaraya Johor Bahru Karnival yang dijadualkan berlangsung selama dua hari ini akan menjadi medan pertarungan bagi ribuan penggiat ragbi dari seluruh pelusuk Malaysia dan Asia melalui 6 kejohanan yang bakal dipertandingkan. Asia Junior Men 7's Rugby Tournament U20 (Malaysia merupakan juara bertahan) Asia Junior Women 7s Rugby Tournament U20 Johor Ladies 7s International Clubs Open Iskandar Malaysia 10s Rugby Cahallenge U18 and U15 Johor Mini 7s Rugby Challenge U11 JOHO - We Are Different !!

Panduan Pembahagian Masa Latihan

Rencana ini hanya merupakan suatu perkongsian ilmu berdasarkan kepada pengalaman dan pandangan peribadi penulis. Segala komentar adalah sangat dialu-alukan. Sebelum memulakan rencana ini, saya ingin menggambarkan keadaan saya ketika mula terlibat dalam sukan ragbi. Sebagai seorang Guru Malaysia, kami perlu sentiasa bersedia untuk menerima apa sahaja 'kerja' yang dipertanggungjawabkan termasuklah menjadi 'jurulatih'. Pada peringkat awal, seringkali juga saya meng 'google' untuk mencari perkara-perkara asas seperti ini. Memandangkan kebolehan Bahasa Inggeris yang minimum, saya menggunakan medium 'Bahasa Melayu' untuk mencari tetapi seringkali gagal. Jadi penulisan ini saya dedikasikan kepada insan-insan yang sedang melalui jalan-jalan yang telah saya lalui sebelum ini. Semoga mendapat 'sedikit' panduan daripada penulisan ini. Penulisan kali ini memfokuskan tentang perkara-perkara yang ingin dilakukan dalam sesuatu sesi latihan. Cadangan sa...

MSSJ Johor 2013 : Tanpa episod akhir

Team Johor Bahru - Luaskan kuasamu Kejohanan Ragbi MSSJ Negeri Johor 2013 telah berlangsung pada 9-11 Mac 2013 dengan Johor Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah. Perlawanan untuk kategori bawah 18 tahun telah berlangsung di Padang JRU, Dataran Bandaraya Johor Bahru dan SMK Dato' Usman Awang. Tumpuan saya semestinya terarah kepada venue Padang JRU memandangkan keseluruhan perlawanan melibatkan pasukan Johor Bahru akan berlangsung di sana. Saya juga ternanti-nanti, samada dua orang wakil kami ke MSSJ iaitu Haikal dan Jerry akan beraksi nanti. Bercakap mengenai wakil kami, saya sememangnya memahami dengan baik bahawa bukan mudah untuk pemain-pemain kami yang dikembang-biakkan selama setahun sahaja mampu untuk mendapat tempat dalam pasukan utama 'team' Johor Bahru. Penghantaran mereka menyertai pasukan Johor Bahru semata-mata untuk memberikan mereka peluang merasai pengalaman berlatih dan bermain bersama dengan 'orang-orang' hebat. Proses ini penting dalam memb...

Ragbi MSSD Johor Bahru 2013

Bersama TSNI Hobbit dan Uda Rugby Kejohanan ini telah berlangsung selama tiga hari pada 21-23 Februari 2013 dengan SMK Dato Usman Awang Johor Bahru telah dipilih untuk menjadi hos untuk kejohanan tersebut. Keputusan perlawanan melibatkan pasukan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : 1. Menang 30-0 menentang Sekolah Menengah Dato Jaafar 2. Menang 39-0 menentang SMK Seri Perling Suku Akhir Menang 26-0 menentang SMK Gelang Patah (Broken Bangle RC) Broken Bangle Rugby@SMK Gelang Patah tampil lebih bersemangat tahun ini. Kami faham dan sentiasa bersedia untuk berhadapan dengan pasukan yang memiliki semangat juang yang tinggi ini. Pertemuan ini juga merupakan ulangan perlawanan suku akhir tahun 2012 dengan nasib sekali lagi menyebelahi kami. Namun, prestasi mereka seharusnya mendapat pujian. Separuh Akhir Kalah 32-0 menentang Maktab Sultan Abu Bakar (EC Stingbok) Saya mengingatkan pemain bahawa mereka seharusnya mencabar dan melawan diri mereka sendiri ...

Kenangan terindah 2012

Barisan pemain TR dan Coach Aruna untuk AUCMS 10s 2012  Tahun 2012 merupakan tahun tersibuk untuk pasukan ragbi kami. Penyertaan ke sembilan buah kejohanan dalam tempoh setahun merupakan rekod bilangan penyertaan terbanyak kami semenjak penubuhan pasukan ragbi Tanjung Rhinos pada tahun 2007. Penyertaan kejohanan dalam pelbagai peringkat termasuk bawah 18, bawah 16 dan kategori terbuka membuka mata kami tentang kepelbagaian 'teknik' bermain ragbi. Dan untuk tahun 2012, saya memilih Kejohanan Ragbi AUCMS 10s Pulau Pinang yang telah dianjurkan oleh Allianze University Of Medical Sciences pada 23 - 24 Disember 2012. Dengan deretan pasukan terbaik dari seantero Malaysia termasuk Sekolah Sultan Alam Shah, KGV, Semashor, Semsira dan lain-lain pasukan yang kebanyakannya datang dari sekolah 'cluster' ragbi, sekolah-sekolah SBP, sekolah-sekolah sains dan MRSM menjadi saingan di sana sangat kompetetif. Selepas mengharungi hari pertama yang kurang memberansangkan dengan me...