Skip to main content

Posts

Perlawanan Persahabatan : Tanjung Rhinos di SMK Dato Usman Awang

Pemain-pemain memanaskan sebelum memulakan perlawanan 8 Mac 2012, Khamis. Selepas menerima cabaran sengit daripada SMK Pasir Gudang 3, Skuad bawah 18 Tahun SMVTP meneruskan siri perlawanan persahabatan dengan berkunjung ke SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru bagi menghadapi saingan tiga penjuru melibatkan Tanjung Rhinos - Perling Dragon dan SMK Seri Perling. Secara keseluruhan pemain-pemain menunjukkan peningkatkan dalam permainan ragbi dengan format 15 sepasukan meskipun baru beberapa minggu kami menjalankan latihan lebih berfokus untuk format 15 sepasukan. Namun masih terdapat banyak ruang yang boleh diperbaiki antaranya meningkatkan komunikasi supaya kawalan  bola di sebelah forward dan peralihan kepada backline lebih lancar dan tersusun, sentiasa berusaha mengekalkan corak permainan supaya rakan sepasukan dapat memberikan responsif yang sesuai dan beberapa lagi kelemahan-kelemahan lain yang telah dikenalpasti. Apapun syabas buat pasukan TR ini kerana sentiasa memberikan kom...

Klinik Ragbi 1.0

Sesi 1 : Pengenalan 'Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah'. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian En Hazman Jazimin Saad, Ketua Jurulatih untuk Pasukan Ragbi Sekolah Dato' Abdul Razak, Negeri Sembilan atas kesudian beliau meluangkan masa selama 2 hari pada 2-3 Mac 2012 untuk menjayakan Klinik Ragbi 1.0 anjuran JK Pasukan Ragbi SMVTP. Untuk makluman, Pasukan SDAR merupakan Johan KRM 2011 bawah 15 tahun dan baru-baru ini muncul Johan Cup untuk Kejohanan Ragbi Bintang Rugby Club 2012 kategori bawah 16 tahun. Terima kasih atas kesudian beliau mengusung contact padding dari bumi SDAR sehingga ke Johor bahru, buku-buku dan pelbagai peralatan lain untuk digunakan bersama kami, menempuhi kesukaran akibat kerosakan bas, terpaksa bermalam di Bilik Sukan, menempuhi hujan dan panas, dan pelbagai pengalaman-pengalaman lain. Kesungguhan beliau sangat kami kagumi dan kehadiran beliau ...

Friendly : SMK Pasir Gudang 3

TR kali ke 2 di SMKPG3 27 Feb 2012, Isnin. Pasukan Ragbi Tanjung Rhinos telah bertandang ke SMK Pasir Gudang 3 untuk mengadakan perlawanan persahabatan kali ketiga melibatkan kedua-dua pasukan ini. Kunjungan kali ini atas jemputan Pengurus Pasukan Ragbi SMKPG3, Puan Natrah yang ingin mengadakan perlawanan ujian sebelum berlangsungnya MSSD Pasir Gudang awal Mac nanti. Perlawanan petang ini berlangsung dengan semangat kesukanan yang tinggi. Kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan menunjukkan kualiti dalam bertahan dan menyerang. Kali pertama bermain dengan format 15 sebelah untuk tahun 2012 ini, secara keseluruhannya permainan hari ini boleh disifatkan sebagai 'baik' dan memuaskan. Untuk Pasukan Ragbi SMKPG3, selamat maju jaya dan semoga mendapat keputusan terbaik dalam cabaran MSSD Pasir Gudang nanti. Barisan TR yang mengikuti Friendly petang ini Keputusan daripada scrum juga agak baik hari ini Pemain-pemain TR dari pandangan sisi Arif, kapt...

Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 U16 10s 2012 Pusingan kedua

1 Malaysia Cardiff City 26 Feb 2012, Ahad. Sirkit Pembangunan Liga Ragbi Johor 2012 diteruskan dengan SMK Bandar Mas telah menjadi medan pertarungan yang seterusnya. Perlawanan hari ini berlangsung dengan lancar dalam suasana yang agak panas, bersesuaian dengan kedudukannya yang hampir dengan laut mungkin. Menetapkan sasaran peribadi untuk mendapatkan satu kemenangan dan cuba mendapatkan sejumlah empat 'try' daripada keseluruhan perlawanan pada hari ini. Berikut merupakan keputusan perlawanan yang melibatkan TR : TR vs SMK Sri Alam (seri) 0-0 TR vs Storm (menang) 7-5 TR vs MRSM Pontian (kalah) 28-5 TR vs Stingray (kalah) 33-0 Keputusan-keputusan ini walaupun tidaklah begitu menggalakkan tetapi sebenarnya memberi makna yang cukup besar buat kami memandangkan usia pasukan ini yang terlalu muda, baru menjengah usia sebulan mungkin dan pemain-pemain juga terdiri daripada individu-individu yang baru berjinak-jinak dengan sukan ragbi. Sesuatu yang paling penting untuk kami bu...

Friendly : Tanjung Rhinos vs TiJB

Aksi Tanjung Rhinos Junior dan TiJB 22 Feb 2012, Rabu. Aksi persahabatan diteruskan menentang pasukan jiran SM Teknik Johor Bahru. Rombongan TiJB yang hadir kira-kira seramai 40 orang mula memenuhi padang sekolah sejurus selepas menunaikan solat asar. Fokus perlawanan persahabatan pada petang ini adalah untuk pasukan TR Junior yang bakal menghadapi saingan Liga Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Negeri Johor pada hari ahad, 26 Feb 2012 di SMK Bandar Mas Pengerang. Perlawanan pada petang ini berlangsung baik dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan yang menghiburkan dan ini juga merupakan satu amaran awal, Pasukan TiJB bakal menjadi pesaing yang lebih kompetetif terutamanya dalam Kejohanan Ragbi Karnival Antara Teknik. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurus, jurulatih dan semua pemain TiJB yang sudi hadir ke laman kami. Lagi aksi pasukan TR Junior dan TiJB Sebahagian rombongan SM Teknik Johor Bahru Sesi memanaskan badan team senior Bersedia unt...

Friendly : Tanjung Rhinos vs EC

Sebahagian pemain yang mengikuti friendly petang ini 16 Feb 2012, Khamis. Tanjung Rhinos meneruskan kerjasama strategik dalam bidang pembangunan sukan ragbi  dengan English College, sekolah 'cluster' ragbi apabila sekali lagi mengadakan perlawanan persahabatan ragbi 10 sepasukan. Perlawanan pada petang ini berlangsung di Padang Ragbi Dataran Bandaraya Johor Bahru berlatar belakangkan jam gergasi dan Hotel Thistle menjadikan perlawanan petang ini berbeza berbanding perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum ini. Perlawanan persahabatan yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan mengukur kemampuan pemain-pemain TR ini berlangsung dalam cuaca yang sangat baik. Kesemua pemain dapat memberikan komitmen yang terbaik dan yang paling utama, kami turut belajar sesuatu yang baru daripada pertemuan dengan pasukan gergasi selatan ini. Perlawanan petang ini juga pasti menjadi antara perlawanan yang paling diingati oleh keseluruhan pasukan TR dan akan memberi suntikan motivasi terbaik k...

TR Old Boys 2010-2011

TR 2010-2011 Dari kiri : Adib, Faizuan, Akmal dan Lokman 9 Feb 2012, Khamis. Kedatangan 4 orang 'Old Boys' di padang latihan ternyata memberi nilai tambah dalam sesi latihan petang ini. Kedatangan mereka juga, secara kebetulannya hanya 2 hari sebelum sepak mula Sirkit Pembangunan Ragbi Liga Johor U-16 dan secara kebetulannya, pemain-pemain U-16 juga baru sahaja dipertontonkan dengan video-video permainan yang disertai mereka sepanjang tahun 2011.  Kedatangan mereka disamping melepaskan rindu bermain ragbi, turut dijadikan platform untuk kami berbincang tentang beberapa perkara termasuklah rancangan untuk menyertai Cabaran Ragbi Iskandar 10s 2012 dan mengetahui perkembangan terkini masing-masing. Menariknya, seorang OB iaitu Faizuan kini sedang giat menjalani latihan bolasepak bersama pasukan remaja Johor FC dan mungkin beliau akan mencatat rekod sebagai antara bekas pelajar SMVTP yang terlibat secara serius dalam bidang sukan bolasepak. Pertemuan hari ini berakhir dengan ...