Skip to main content

Posts

TANJUNG RHINOs di laman sendiri

Pasukan Ragbi SMK Tun Syed Nasir Ismail tekun mendengar arahan jurulatih 30 Mac 2011, Rabu. Hari ini telah mencatat dua sejarah buat pasukan Tanjung Rhinos. Pertamanya, buat  julung kalinya dalam sejarah TANJUNG RHINOS sejak dari awal penubuhannya, kami mengadakan perlawanan persahabatan di halaman sendiri menentang pasukan SMK Tun Syed Nasir Ismail. Keduanya, ini merupakan kali pertama (juga sejak penubuhannya) Tanjung Rhinos mengadakan perlawanan persahabatan dengan format 15 sebelah berbanding kebiasaannya, iaitu bermain dengan format 10 sebelah. Tambah manis lagi apabila kami melayan kunjungan yang mempunyai profil yang tinggi, termasuk pernah muncul juara Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru. Apapun, tekanan yang kami terima ini diterima secara positif dalam proses membina sebuah pasukan yang lebih baik dan mampu mencatat sejarah melalui pencapaian di Kejohanan Ragbi MSSD Johor Bahru nanti. 

Design baru TANJUNG RHINOs oleh Playmore

Design baru TANJUNG RHINOS oleh Playmore Cadangan jersi ragbi TANJUNG RHINOS yang baru oleh PLAYMORE Malaysia (Tengku Ismail Tengku Mohamad) . Kini diperingkat terakhir sebelum tempahan dapat dibuat. Apa pendapat anda??

Menjelang Segamat 10's Open

Latihan terakhir sebelum perlawanan persahabatan dengan SMK Tasek Utara berlangsung 8 Mac 2011, Selasa. Mengikut perancangan awal, Segamat 10s dijadualkan berlangsung pada minggu terakhir bulan Mac di UiTM Segamat. Dengan hanya tinggal 2 minggu sahaja lagi sebelum sepak mula, Tanjung Rhinos telah berkunjung ke SMK Tasek Utara untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan hari ini turut disertai pemain-pemain dari pasukan simpanan, pasukan pelapis selain pasukan utama. Cuaca yang sangat baik pada petang ini melicinkan perjalanan perlawanan ini. Perlawanan selama lebih kurang 40 minit pada petang ini menunjukkan beberapa perkara yang positif. Pemain kelihatan lebih matang dalam membuat 'turn over', 'rucking' yang lebih kemas dan bola banyak dikeluarkan kepada 'back line' untuk memberi peluang kepada 'back line' untuk mendapatkan 'try'. Barisan 'forward' seperti biasa sentiasa cuba untuk memecahkan barisan 'forward' lawan ...

Alhamdulillah

buat pertama kali Tanjung Rhinos di SMKPG3 Pasir Gudang Syukur kehadrat Allah swt di atas banyak perkara, antaranya : Kami masih bernafas hingga ke saat ini. Masih mampu berlatih, menjalinkan hubungan dengan sahabat-sahabat baru dan masih mampu mencetus idea-idea baru yang sedia untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. SMKPG3 sudi menerima kunjungan kami walaupun kami hanya menghubungi mereka pada saat-saat akhir. Apapun, mereka cukup ramah menerima kedatangan kami. Terima kasih SMKPG3. Awan berarak mendung di minit-minit awal permainan. Seakan memberi penyataan yang perlawanan pada petang ini tidak akan dapat berlangsung lama. Tapi cuaca gelap diselangi dengan dengan panahan kilat dan dentuman guruh itu beransur-ansur hilang dan perlawanan dapat diteruskan seperti dijadualkan. Perlawanan hari ini, 23 FEB 2011 (Rabu), memberikan signifikan bahawa kita sedang membina semangat berpasukan yang lebih baik. Sedang mematangkan diri untuk bermain secara berpasukan berbanding bermai...

Berkunjung ke SMK Bandar Baru Uda

9 Feb 2011, Rabu. Selepas menikmati hidangan tengahari, kami terus bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan persahabatan kami yang pertama untuk tahun 2011. Bertemu dengan pasukan Uda Rugby, SMK Bandar Baru Uda. Pergerakan petang ini sangat lancar, kami sampai di sana pada masanya, solat asar dan terus ke padang. Seramai 23 orang pelajar terlibat dalam perlawanan petang ini. Beberapa orang pelajar tingkatan 4 turut mengambil bahagian dalam program petang ini. Perlawanan hari ini berakhir dengan baik. Pemain-pemain tidak berhadapan dengan sebarang kecederaan yang besar. Permainan semakin baik dan boleh dikatakan TANJUNG RHINOS kini sedang mengalami proses kematangan yang pesat. Terima kasih kepada tuan rumah, SMK BBU, pasukan Uda Rugby, En Suzeli Mahadi dan lain-lain yang terlibat untuk persahabatan yang terjalin hari ini. Untuk TANJUNG RHINOS terlalu banyak perkara yang boleh dan perlu kita perbaiki untuk mencapai impian yang kita impi-impikan tahun ini. Terus bekerja keras k...

VOC-AR 10's 2011 2nd day

Hari terakhir di SMV Arau dan mudah-mudahan kami akan terus dijemput pada masa-masa akan datang Ahad 30 Jan 2011, Hari terakhir kami di SMV Arau, Perlis. Pagi ini kami bersiap awal seperti biasa. Mengerjakan solat subuh, menikmati sarapan di kantin dan terus bersiap ke padang. Perlawanan pertama pada pagi ini adalah menentang pasukan SEMSAH untuk penentuan cup-plate yang dijadualkan akan berlangsung pada lebih kurang jam 9 pagi. Beberapa orang pemain mengalami kecederaan kecil termasuk stand off kita yang terpaksa mendapatkan rawatan di Klinik malam tadi. Dengan hanya tinggal seorang pemain di bangku simpanan, keadaan tampak sukar. Dan akhirnya, Tanjung Rhinos gagal dengan jaringan 0-21 di tangan SEMSAH. Perlawanan seterusnya, suku akhir plate menemukan Tanjung Rhinos dengan SMK King Edwards VII. Dan Tanjung Rhinos ditunjukkan jalan keluar dengan kekalahan 0-21. Berakhirlah perjuangan Tanjung Rhinos di Perlis.

VOC-AR 10's 2011 1st day

Tanjung Rhinos with their lucky retro shirt on the 1st day I have to write in english because our greatest teacher, Tn Hj Salleh bin Kaimi just lying beside of me.. Alhamdulillah, the weather today was quit beautiful. Sunny and windy. Tanjung Rhinos were very excited to play rugby today. We're on the field since 7.00am waiting for our turn to show our talented.. At the end, today we manage to get the free winning 21-0 with KGV, win at the very closed game with SM Sains Tun Syed Putra by 7-0 and draw with SM Vokasional Arau by 0-0. We are quite happy today. Looking for tomorrow matches and get some rest. Everyone sleep now. Try to get a better result tomorrow. Everything is posible.