Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2013

Sirkit Pembangunan Ragbi Bawah 16 Tahun Pusingan 1 2013

'Kembali membina' generasi TR 2013-2014 Pusingan pertama bagi Zon Selatan telah berlangsung di SDAHA Pontian. Keghairahan semua pemain-pemain yang rata-ratanya baru pertama kali berpeluang untuk mewakili sekolah dalam sukan ragbi jelas terpancar di wajah setiap peserta. Keputusan perlawanan-perlawanan adalah seperti berikut : 1. TR vs MSAB Tewas 31-0 2. TR vs SDAHA Tewas 5-0 3. TR vs SMK Seri Alam Seri 5-5 Keputusan tersebut dianggap memadai dengan usia pasukan ini yang baru beberapa minggu atau bulan berlatih. Prestasi pasukan dan individu juga telah dinilai sebaiknya dan beberapa kelemahan telah dikenal pasti dan bersedia untuk diatasi melalui latihan-latihan selepas ini. Kami berharap agar semua yang terlibat terutamanya pemain-pemain tetap cekal menjalani latihan dan bersedia untuk menghadapi saingan-saingan mendatang.

'Kito monang' Karnival Voktek 10s Zon Johor 2013

Meraikan kejayaan muncul johan Karnival Voktek kali ke-2  Kejohanan Ragbi Voctech 10s 2013 (Intertech) telah berlangsung di SM Sains Johor dan High School Kluang pada 26-27 April 2013. Kluang Rugby Club menerusi wakil mereka, En Bandot telah menjadi tulang belakang dalam menjayakan kejohanan kali ini. Pasukan TR telah diletakkan di dalam kumpulan B bersama pasukan KV Batu Pahat dan TiJB. Berikut merupakan keputusan melibatkan pasukan TR : Hari Pertama : TR vs KV Batu Pahat Menang 51-5  Seingat saya, ini merupakan rekod jaringan terbesar bagi kejohanan ini semenjak penganjuran kali pertama pada tahun 2007 dan secara pasti, jumlah skor ini merupakan rekod jaringan terbesar untuk pasukan TR sepanjang penyertaan ke kejohanan ini. Sejumlah 9 try telah berjaya dihasilkan dengan 3 convertion kick berjaya disempurnakan. Suatu permulaan yang baik untuk pasukan. TR vs TiJB Menang 15-5 Permainan berkualiti telah ditunjukkan oleh TiJB yang memiliki barisan pemain yang jauh l