Skip to main content

Posts

Showing posts from 2012

Kajang X 10s 2012

Tanjung Puteri di Kajang X 10s 2012 2nd edition Sekali lagi menyertai kejohanan ragbi ini buat kali kedua dan masih lagi menjadi satu-satunya pasukan luar negeri Selangor yang menyertai kejohanan ini untuk kategori bawah 18 tahun. Masih berlangsung di Padang UKM yang cukup mengujakan dengan kawasan padang dan pemandangan yang cukup sempurna. Keputusan hari pertama tidak terlalu memberangsangkan dengan mencatatkan keputusan sederhana seperti berikut : 1. Kalah 0-10 vs SMK Sg Long 2. Menang 19-0 vs Kajang RC (B) 3. Kalah 5-0 vs MPAJ (B) Berkedudukan ke-6 dan akan bermain dengan pasukan ke-3 terbaik untuk separuh akhir cup/plate. Sasaran yang realistik ketika ini hanya mengutip pengalaman. Walaubagaimanapun keputusan pada hari ke-2 dilihat lebih menggalakkan. Keputusan akhir adalah seperti berikut :  SF Cup/Plate Menang vs SMK Sg Long 14-0 SF Cup Menang vs MPAJ (B) 5-5 (menang menerusi try awal) Final Cup Kalah vs MPAJ (A) 17-0 Berjaya meraih tempat ke-2 cu

Pengetua Cup 7s Rugby Challenge 2012

Pengetua Cup 7s 2012 Rugby Challenge Satu kejohanan ragbi antara kelas telah berjaya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad, 8-9 Sept 2012 yang lepas. Kejohanan antara kelas yang terbuka dikalangan warga pelajar putera SM Vokasional Tanjung Puteri, Johor Bahru merupakan kejohanan kali kedua yang berjaya diadakan selepas penganjuran kali pertama pada tahun 2010. Kejohanan yang bertujuan untuk merakyatkan sukan ragbi terutama dikalangan pelajar asrama ini telah menarik minat penyertaan sejumlah 10 pasukan. Kemenjadian ini hanya dapat dilakukan ketika latihan sahaja Peniaga-peniaga mula membawa barang dagangan masing-masing Gaya larian yang cukup epik Team Vtec RC turut mendapatkan khidmat pemain Fiji, Teloo Team Auto RC turut mendapat perhatian warga aspuri Masih gagah walau dua orang cuba untuk menjatuhkannya

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ Pusingan ke-4

Saat-saat untuk menerima kalungan pingat Akhirnya hati ini teringin kembali untuk menulis di sini selepas beberapa ketika hilang nafsu untuk menulis. Bukanlah tiada perkembangan berkenaan Tanjung Rhinos, tetapi saya berhadapan dengan sesuatu keadaan yang sukar dimengerti walau oleh diri sendiri. Pada hari Sabtu, 30 Jun 2012 kami telah bergerak menuju ke Kluang untuk mengikuti pusingan terakhir sirkit ini walaupun terpaksa melalui laluan yang sedikit berliku ekoran ketiadaan bas yang telah ditempah lebih awal untuk program lain. Maka memecutlah Sang Avanza dan Sang Serena membelah laluan Lebuhraya Utara Selatan dengan muatan yang sarat menuju ke SM Sains Johor, Kluang. Masih mengekalkan muka-muka yang sama seperti sirkit I dengan penambahan beberapa orang yang baru di kesan, jangkaan kami hari ini tidaklah setinggi melangit. Cukup sekadar menjadi medan untuk pemain-pemain TR bermain dengan sedikit 'improvement'. Itu sudah memadai. hanya layak bermain dalam penentuan bow

Cabaran Ragbi Iskandar 10's 2012

Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) 2nd Plate Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 23-24 Jun 2012, Sabtu-Ahad. Masih mengekalkan lokasi nostalgia yang sama, Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru terus menjadi 'trademark' kepada penganjuran Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge. Selain menerima penyertaan daripada pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seantero Malaysia termasuklah SSTMI (Sekolah Sukan Tengku Mahkota Ismail), SMSS, Semashur, English College dan banyak lagi, kejohanan kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran pasukan-pasukan negara jiran iaitu DHL Ta'moko Lions RFC dari Singapura dan Prince Royal College dari Thailand. Aksi 'Beto' ketika menentang pasukan SAS Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri telah diundi di dalam Kumpulan D bersama-sama dengan Pasukan Ragbi Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) dan SMK Anjung Batu. Berikut merupakan keputusan perlawanan di peringkat kumpulan : SMVTP vs SMAB Menang 24-0 SMVTP vs SAS Kalah 24-7 La

Kemeriahan Johor Rugby Carnival 2012

Aktiviti yang berlangsung sepanjang karnival Kehadiran karnival ini sememangnya dinanti-nantikan oleh semua penggiat ragbi baik di peringkat Negeri Johor, Malaysia dan juga Asia. Dengan 4 kejohanan berlangsung serentak dan menghimpunkan lebih daripada 100 buah pasukan, karnival ini sememangnya mempunyai prestij yang tersendiri. Bagi Pasukan Ragbi SM Vokasional Tanjung Puteri yang mula menyertai kejohanan ini bermula dari tahun pertama penganjurannya, kejohanan ini merupakan pentas terbaik untuk mendapat peluang beraksi dengan pasukan-pasukan ragbi terbaik dari seluruh Malaysia. Buat julung-julung kalinya kami akan menghantar dua pasukan ke pentas Iskandar Malaysia 10's Rugby Challenge 2012 ini iaitu Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri dan Pasukan Tanjung Rhinos Old Boys (TROBA) setelah kedua-dua pasukan ini berjaya mengharungi pusingan kelayakan di UTM Southern 10's dengan jayanya. Senarai pasukan yang menyertai Iskandar Malaysia 2012 4 kejohanan serentak '

1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Negeri Johor Pusingan Ke-3

Terlalu tinggi dan sukar ditandingi Hampir terlupa untuk menulis tentang kejohanan ragbi ini kerana sibuk dengan tugas-tugas yang lain. Kehadiran Johor Rugby Carnival yang bakal berlangsung hujung minggu ini (23-24 Jun 2012) membugarkan kembali semangat untuk mencoretkan sesuatu disini. Pasukan TR Bawah 16 Tahun telah mengikuti 1MCC Sirkit Pembangunan Ragbi Johor Bawah 16 Tahun 10 Sepasukan MSN - JRU - JPNJ 2012 Pusingan ke-3 yang telah berlangsung pada Sabtu, 28 April 2012 di SMK Pasir Gudang 3. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan TR adalah seperti berikut : TR vs SMK Laksamana Menang 14-0 TR vs SMK Pasir Gudang 2 Seri 0-0 TR vs SMK Bandar Penawar Kalah 7-12 TR vs TSNI Hobbit Kalah 26-0 Saat terbaik hari ini ialah apabila TR berjaya menghasilkan 1 try apabila bertemu Bandar Penawar Pirates menerusi gerakan menarik daripada Izzat dan disudahkan oleh Haikal menerusi larian bertenaganya. Try tersebut sekurang-kurangnya berjaya mengekang hajat mereka untuk me

TR Official Tee

Hadapan - The Spirit Of Tanjung Rhinos TR very 1st merchandise for our players and supporters - a very lovely tshirt of Tanjung Rhinos. Promotion price for RM35.00 only. 1st come 1st serve. :) TQ for our model and a very 1st buyer 'Kecik'. Belakang - @ SM Vokasional Tanjung Puteri

Perlawanan Persahabatan tradisi vs PDRM JB

Kedua-dua pasukan bersalaman sebelum memulakan permainan 16 Mei 2012, Rabu. Tanjung Rhinos terus menjadi tumpuan apabila menjadi pilihan buat Pasukan Ragbi PDRM Johor Bahru untuk kembali mengadakan perlawanan persahabatan. Perlawanan persahabatan kali kedua melibatkan kedua-dua pasukan ini telah diadakan di Padang Ragbi MSAB bermula sekitar jam 5.00 petang dengan format 15 sepasukan. Tanpa sebarang persiapan yang rapi memandangkan Pasukan TR sedang berada pada fasa berehat, permainan hari ini tetap berlangsung menarik dan kompetetif. Pasukan TR berjaya menghasilkan 2 try awal melalui larian deras daripada backline. Ketinggalan 2 try menjadikan mereka semakin bersemangat untuk kembali mengemudi permainan dan akhirnya mereka berjaya mendapatkan 3 try menerusi rempuhan-rempuhan menarik daripada forward mereka yang nyata lebih besar berbanding kami. Walaupun tewas kami telah memperolehi sesuatu yang baru terutamanya dalam aspek membina keyakinan dan keberanian apabila berhadapan d

UTM Southern 10s 2012 2nd edition

Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan berlangsung Pasukan Ragbi SMVTP telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 10s 2012 Kali ke-2 yang telah berlangsung selama 2 hari pada 12-13 Mei 2012 di Padang Ragbi Universiti Teknologi Malaysia. Diundi di dalam kumpulan B bersama-sama dengan Pasukan Ragbi SMK Anjung Batu, SM Vokasional Segamat dan SMK Tun Syed nasir Ismail. Sejumlah 16 Pasukan telah mengambil bahagian untuk kategori U18. Keputusan perlawanan-perlawanan yang melibatkan Pasukan SMVTP adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan SMVTP vs SMK Anjung Batu Menang 27-0 SMVTP vs SMV Segamat Menang 32-0 SMVTP vs TSNI Menang 24-0 Suku Akhir Cup/Plate SMVTP vs TROBA Menang 7-5 Semi final Cup SMVTP vs Bandar Penawar RC Kalah  15-3 Berjaya mara sehingga peringkat semifinal dan menjadi satu-satunya pasukan 'sekolah' yang mara sehingga ke peringkat tersebut. Bandar Penawar RC telah mengungguli kejohanan ini dengan menewaskan Young Wildcat

Akhirnya muncul - Tanjung Rhinos Old Boys

Tanjung Rhinos Old Boys Association Duduk dari kiri : Faka, Pisang, Patah dan Afizi Berdiri dari kiri : Fauzan, Lokman, Nazirul, Akmal, Haziq, Ridhwan dan Sarawak Tiada dalam gambar : Arif dan Bayan Buat kali pertamanya, SMV Tanjung Puteri berjaya menghimpunkan bekas-bekas pelajar untuk turut mengambil bahagian dalam Kejohanan Ragbi UTM Southern 2012 kali kedua. Penubuhan pasukan ini yang diberi jolokan TROBA (Tanjung Rhinos Old Boys Association) merupakan menifestasi dan suatu pencapaian yang membanggakan hasil kepada fokus sekolah kepada pasukan ragbi bermula pada tahun 2010. Idea penubuhan pasukan ini telah diterjemahkan sebaik mungkin melalui usaha kuat Nazirul (SO 2011) dua hari sebelum kejohanan berlangsung. Keputusan-keputusan perlawanan yang melibatkan pasukan TROBA adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : TROBA vs BRRC Kalah 14-7 TROBA vs SMK Ungku Husin Menang 14-0 TROBA vs STK Menang 19-0 Suku akhir Cup/Plate TROBA vs SMVTP kalah 3-5 Semifinal Plat

Karnival Voctech 2012

Pertemuan pertama menentang SMT Johor Bahru Kejohanan Ragbi Voctech 2012 Zon Johor di SMK Dato Usman Awang, Johor Bahru telah berlangsung pada 22-23 April 2012. Kejohanan ini berjaya menghimpunkan sejumlah 6 pasukan daripada kalangan SMV/SMT Negeri Johor. Keputusan perlawanan melibatkan TR adalah seperti berikut : Peringkat kumpulan : Menang VS TiJB 10-0 (Try : Azli , Penality Goal : Azli) Kalah VS SMV Muar 5-0 Separuh akhir : Menang VS SMVBP 12-5 (Try : Mus dan Kecik , Convertion : Azli) Final Kalah VS VSMAT 7-5 (Try : Afizul) Tumpas di tangan SMV Segamat pada penampilan kali kedua di final. Beberapa insiden kecil yang terjadi sepanjang kejohanan ini kesemuanya melengkapkan kisah ketiadaan rezeki kami tahun ini. Apapun banyak perkara yang boleh dipelajari terutama berkenaan dengan pengalaman penganjuran dan pembinaan pasukan. Kami mengharapkan agar kesemua pemain TR terus kuat dan generasi mendatang juga akan tampil lebih gagah. Tuan Pengetua menu