Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

Perlawanan persahabatan di MRSM Pontian

Tanjung Rhinos di Padang MRSM Pontian 10 November 2010, Rabu. Petang yang indah, padang yang cantik, beberapa pasukan sedang memanaskan badan, begitulah pemandangan di padang ragbi MRSM Pontian pada petang ini. Selain pasukan tuan rumah dan Tanjung Rhinos, perlawanan pada petang ini turut disertai oleh pasukan Ragbi SDAHA. Petang ini Tanjung Rhinos telah tumpas kepada kedua-dua pasukan lawan yang ternyata bermain lebih baik pada petang ini. Selain bertemu dengan lawan yang lebih baik, faktor kekalahan pasukan yang lain ialah pemain-pemain penat dan latihan tidak dapat dijalankan bermula dari cuti deepavali. Latihan hanya dapat dijalankan sehari sebelum perlawanan persahabatan tersebut. Walau apapun kami positif dalam menerima kekalahan ini. Kekalahan ini bukanlah segala-galanya. Kami faham matlamat utama kami berkunjung ke MRSM Pontian ialah belajar. Dan jatuh kami pada hari ini membantu kami untuk belajar dan terus belajar. Beberapa kelemahan dalam permainan telah dikenalpasti. Kam

Sepetang di SMK Dato' Ali Haji Ahmad

Kali pertama mengadakan perlawanan persahabatan di Pontian 27 Okt 2010, Rabu. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan latihan bersama dengan pasukan SDAHA, Pontian. Latihan kali ini melibatkan sejumlah 20 orang pelajar. Kami menerima sambutan hangat dari tuan rumah. Terima kasih tidak terhingga kepada pasukan SDAHA, pemain-pemain dan guru-guru iaitu En Isma Haniff Esa dan En Abdul Aziz Che Yusuf. Pasukan SDAHA sedang mempersiapkan pemain untuk school champ challenge yang akan diadakan di Mersing nanti. Latihan pada petang ini kami sifatkan sebagai sangat positif. Beberapa orang pelajar sudah menemui sentuhan semula, mula mempraktikkan pengetahuan-pengetahuan dan mula membentuk semangat sepasukan yang lebih jitu. Hanya beberapa minggu saja lagi akan berlangsung sebelum cuti akhir tahun mengambil tempat.Kami merancang untuk mengadakan beberapa siri latihan seumpama ini lagi nanti. Persinggahan kami yang seterusnya mungkin MRSM Pontian. Maju dan terus maju Tanjung Rhinos..

Persahabatan 2010

14 Okt 2010, Khamis. Pasukan Tanjung Rhinos telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan ragbi SMK Dato' Usman Awang bertempat di padang mereka. Cuaca yang indah pada petang ini menjadikan segala program yang dirancang berjalan dengan baik. Pasukan SMK Dato' Usman Awang sedang giat melakukan persediaan untuk menghadapi Kejohanan Ragbi Jemputan PPD Kulai. Turut mendapat sentuhan dari jurulatih baru, Saudara Izat bekas pemain ragbi SSBP yang kini menuntut di UTM. Perlawanan pada petang itu agak seimbang dari segi keputusan. Namun Tanjung Rhinos menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan. Tanjung Rhinos pada petang ini diwakili oleh 20 orang pelajar. Beberapa muka baru turut menampilkan persembahan bertenaga. Latihan pada petang ini disifatkan sebagai berjaya dan semoga ikatan antara Tanjung Rhinos dan SMK Usman Awang akan terjalin erat demi pembangunan pasukan ragbi bersama. Bergambar bersama sebelum perlawanan bermula. Tanjung Rhinos berjersey hitam di sebela

Juara Kategori Spoon Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2010

Wira-wira TANJUNG RHINOS Berdiri (dari kiri) - Hakim sih, Redwan, Mizi, Yus, Haziq, Cgu Salmezan, Long, Kuning, akmal Duduk (dari kiri) - Kunyet, Norazliamir, naseer, adib, fakar, faizuan, arif (c) Dataran Bandaraya Johor Bahru telah menjadi tapak untuk Pasukan Ragbi SMV Tanjung Puteri mencatatkan nama sebagai Johan Kategori Spoon Iskandar Malaysia 10s Rugby Challenge 2010. Pertandingan yang diadakan pada 31 Julai-1 Ogos 2010 menjadi medan kepada lebih 1000 pemain ragbi dari pelbagai negara untuk menimba pengalaman. Pasukan SM Vokasional Tanjung Puteri berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pasukan handalan di Malaysia termasuk SM Sains Selangor (naib johan keseluruhan edisi kali ini). Astro Arena turut menyiarkan secara langsung dua perlawanan melibatkan pasukan SMVTP iaitu bertemu dengan naib johan kategori cup iaitu SM Sains Selangor dan perlawanan final kategori spoon, bertemu pasukan SMK Pasir Gudang 3. Pada perlawanan final spoon, Tanjung Rhinos terikat dengan SMK Pasir